Wardina pertahan Yasin

Wardina pertahan Yasin

Pelakon Wardina Safiyyah, 42, tampil mempertahankan penyanyi Yasin yang dibawa ke muka pengadilan kerana kes berkaitan ganja baru-baru ini.

Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot berkata, penyanyi lagu Mimpi Laila itu seharusnya menerima rawatan dan pemulihan disebabkan berdepan masalah kesihatan mental.



“Dia layak untuk dirawat kerana masalah kesihatan mentalnya dan memerlukan sokongan dan mungkin pemulihan. Dia seorang kawan, artis yang sangat berbakat, bijak, berani, seorang yang baik walaupun terdapat kekurangan.

“Saya doakan dia menjadi lebih kuat, lebih baik dan mengharungi dugaan ini dalam satu bahagian,” katanya.

Bekas pelakon dan pengacara berkongsi pandangannya mengenai kes penyanyi nasyid itu di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Yasin berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Khamis atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium pada 24 Mac lalu.



Bagaimanapun tiada pengakuan direkod daripada tertuduh kerana kes itu terletak di bawah kuasa Mahkamah Tinggi.

Dalam prosiding berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen, Norshila Kamaruddin, Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah merah yang mana daripadanya Kanabis (ganja) yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mahkamah bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap penyanyi tersebut.



Dalam pada itu, pelakon filem Lagi Lagi Senario ini turut meletakkan tanda pagar memohon keadilan untuk Yasin dan berharap penyanyi lagu Salsabila itu dibebaskan.

“Bebaskan dia dari penjara dan tolong rawat serta bantu dia. #istandwithyasinsulaiman #bipolarawareness. Harap kekal kuat di sana kawan! Kami menyokong anda!” ujarnya. MG

Wardina pertahan Yasin


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun



Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker