Prasarana siasat video lelaki pakai seragam syarikatnya pukul orang awam

Prasarana siasat video lelaki pakai seragam syarikatnya pukul orang awam

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyiasat susulan video tular memaparkan sedutan seorang lelaki berpakaian seragam pihaknya memukul orang awam di sebuah kedai serbaneka baru-baru ini.

Dalam satu kenyataannya, Prasarana memandang serius dakwaan pemukul adalah kakitangan Prasarana berdasarkan pakaian seragam yang dipakai di dalam video yang tidak disertakan bila dan tarikh kejadian berlaku.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila mangsa ditangkap dan dituduh mengambil makanan tanpa membayar di kedai serbaneka tersebut.

“Bagaimanapun, tingkah laku si pemukul adalah bertentangan dengan kod etika kerja Prasarana. Dalam apa jua situasi, sekiranya memerlukan bantuan lanjut, ia sepatutnya dipanjangkan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Menurut Prasarana, siasatan dalaman sudah dilancarkan dan pihaknya menyeru orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat lanjut berkenaan kejadian tersebut supaya menghubungi talian 03-7885 2585, atau emel ke [email protected].

Prasarana juga memohon maaf atas kejadian ini dan menjamin tindakan susulan yang bersesuaian akan diambil bagi memastikan perkara sebegini tidak akan berulang di masa depan. MG

Prasarana siasat video lelaki pakai seragam syarikatnya pukul orang awam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker