Tak payah nak banding-banding, Che Ta lepak mamak pun tidak – Ayu Raudhah

KUALA LUMPUR : Pelakon dan usahawan selebriti, Ayu Raudhah, 38, tidak kisah andai masih ada lagi kalangan peminat dan pengikut membandingkan imej dan penampilannya dengan Rozita Che Wan.

Menurut Ayu, dia sudah terbiasa dengan situasi itu dan tidak mengambil hati andai ada yang menganggap imej kakaknya itu lebih menyerlah daripada dia dan adik-beradik lain.

“Tak kisah pun sebab kita tahu dia macam mana. Che Ta memang seorang yang menjaga penampilannya, Masih saya ingat, dia pergi sekolah dulu pun pakai sarung kaki.

“Dia lepak kedai mamak pun tidak. Sampai tahap macam itu!”katanya yang ditemui semasa sesi sidang media santai bagi memperkenalkan koleksi baju kurung jenama BYLR x Ayu Raudhah di Pavillion, di ibu kota.

Tambah Ayu, dia bagaimanapun tidak melihat situasi itu harus diperbesarkan memandangkan semua orang tahu Che Ta memang sejak dari dulu mempunyai faktor wow.

“Bagi saya tak usahlah dibanding-bandingkan kami ini. Secara peribadi, Che Ta layak untuk memiliki apa yang dia ada sekarang pada kedudulan sekarang.

“Saya sendiri pun bangga dengan dia. Tak terasa dibanding-bandingkan. Saya tahu dia berusaha kuat untuk raih kejayaan pada tahap ini. Dia luar biasa.

“Kalau dia pakai sesuatu yang biasa, itu luar biasa. Kalau dia pakai busana kepuk-kepuk itu sebab dia memang sesuai. Dia sarung dan bawa busana itu dengan jiwa. Setengah orang tak boleh bawa pun,”katanya.

Tambah pelakon drama Manjalara ini lagi, dia sekeluarga juga sudah terbiasa untuk berhias cantik jika berpeluang berkumpul bersama termasuk pulang ke kampung halaman.

Kata Ayu, ini kerana Che Ta sentiasa berpegang kepada prinsip ‘camera ready’ dan suka bergambar bersama-sama keluarga sebagai kenangan.

“Kalau keluar dengan dia memang nak kena pakai baju elok-elok, cantik-cantik. Kalau balik raya pun, semua kena bersolek dan nampak segak. Bukan nak tunjuk pada orang pun, sebab suka-suka sendiri,”katanya.

Sementara itu, berkongsi lanjut mengenai kerjayanya, kata Ayu, dia kini masih mengenepikan tawaran berlakon kerana mahu memberi tumpuan pada perniagaan baju kurung kolaborasinya dengan BYLR.

Kata Ayu, pihaknya mensasarkan jualan sebanyak 10,000 helai sebulan dan 12 juta dalam tempoh setahun.

“Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalin usahasama ini setelah sebelum ini berniaga tudung dan sebagainya. Untuk projek ini, saya ada juga bagi idea untuk rekaan koleksi baju kurung BYLR.

“Selain itu, saya juga dilantik sebagai duta dan menjalankan kerja-kerja pemasaran untuk memastikan sasaran jualan kami tercapai pada tahun ini,”katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker