Ramai Obses Untuk Diet, Jika Biji Chia Diambil Berlebihan Boleh Sebabkan 5 Masalah Kesihatan

Ramai Obses Untuk Diet, Jika Biji Chia Diambil Berlebihan Boleh Sebabkan 5 Masalah Kesihatan

BIJI chia semakin menjadi pilihan sebagai salah satu sumber makanan ketika berdiet seperti dicampurkan dalam smoothie, puding, salad dan minuman.

Pakar pemakanan, Erica Zellner memberitahu, biji chia merupakan sumber nutrien yang baik kerana ia mengandungi serat, protein, kalsium, magnesium, fosforus dan omega 3 yang dapat membantu melawan kerosakan sel badan manusia.



Terdapat beberapa kesan sampingan apabila seseorang mengambil biji chia dalam kandungan berlebihan, termasuklah

1. Sakit perut

Biji chia dikatakan baik untuk sistem penghadaman kerana mengandungi serat yang banyak. Tetapi, apabila bijirin ini dikomsum terlalu banyak, ia boleh mendatangkan masalah sakit perut.

“Pengambilan biji chia yang berlebihan boleh menyebabkan beberapa gejala sampingan seperti kembung perut, sakit perut, cirit-birit, sembelit atau masuk angin,” kata Zellner.

2. Tekanan darah rendah

Selain itu, biji chia mengandungi omega-3 yang boleh mengurangkan risiko kanser atau masalah tertentu pada jantung.



Tetapi bagi mereka yang mengambil ubat cair darah, omega-3 yang berlebihan boleh menyebabkan pengurangan jumlah darah sehingga mengalami hipotensi atau tekanan darah rendah.

3. Peningkatan gula dalam darah

Serat dalam biji chia juga boleh melambatkan pencernaan makanan dan penyerapan makronutrien termasuk gula iaitu glukosa dalam badan.

Meskipun ia mempunyai banyak manfaat namun bagi individu dengan penyakit diabetes mereka perlu berhati-hati dan merujuk kepada doktor kerana ia boleh menyebabkan peningkatan dan penurunan gula dalam darah yang drastik.



4. Mencetuskan alahan

Perlu diketahui, biji chia tergolong dalam kumpulan pudina. Apabila seseorang yang alah kepada pudina, bijian atau biji sawi, ia harus berhati-hati semasa memakan biji chia.

Ini kerana golongan ini boleh mengalami cirit-birit, kegatalan pada bibir atau lidah dan anafilaksis iaitu bengkak pada bawah mata dan kawasan bibir.



5. Kesan pada kehamilan

Kata orang, chia seed sebenarnya selamat untuk golongan ibu yang sedang mengandung selain ia membantu melegakan sembelit.

Akan tetapi, apabila ibu hamil yang sebelum ini tidak biasa mengambil makanan berserat dan konsumsi bijian chia semasa mengandung, ia hanya mendatangkan masalah kerana wanita hamil sentiasa mengalami perubahan hormon.

Ramai Obses Untuk Diet, Jika Biji Chia Diambil Berlebihan Boleh Sebabkan 5 Masalah Kesihatan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker