Rusia beri amaran ‘nuklear’ kepada NATO,

MOSCOW – Rusia memberi amaran akan memulakan Perang Dunia Ketiga menggunakan senjata nuklear terhadap Barat sekiranya pasukan pengaman tajaan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) campur tangan dalam konflik di Ukraine, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Ancaman itu dibuat menerusi siaran televisyen tempatan Rusia yang tanpa henti mengeluarkan pelbagai bentuk amaran terhadap NATO. Perikatan keselamatan Barat  itu sebelum ini dikatakan merancang untuk menghantar pasukan pengaman ke Ukraine.

Spekulasi itu menimbulkan dakwaan di Rusia bahawa Poland akan mendapatkan mandat NATO untuk meletakkan pasukan pengaman di Ukraine.

Stesen televisyen pro-Kremlin juga melaporkan bahawa Warsaw berusaha untuk merebut kembali wilayah Ukraine yang dahulunya adalah sebahagian daripada Poland seperti bandar Lviv.



Hos saluran televisyen utama milik Kremlin, Vyacheslav Nikonov berkata, pemandu-pemandu  treler Rusia yang terkandas melihat tentera Amerika Syarikat (AS) dan Poland berkumpul di sempadan negara Eropah Timur  itu.

“Bagi saya, Poland bukan setakat berusaha memenuhi misi pengaman tetapi dalam masa sama cuba merebut semula wilayah yang dianggap milik mereka dari sudut sejarah,” kata Nikonov.

Sementara itu, Pakar Ketenteraan Rusia, Kolonel Yury Knutov berkata pada saluran yang sama bahawa sekiranya pegawai-pegawai NATO waras, mereka tidak akan meluluskan idea tentera pengaman tersebut.

“Penghantaran pasukan NATO di tengah-tengah konflik  Ukraine  akan bermakna pengisytiharan perang  ke atas Rusia.



“Ini bermakna, untuk memenangi perang yang mempunyai campur tangan pihak ketiga (Barat), Kremlin perlu menggunakan senjata nuklear,” tegas Knutov.

Ketegangan semakin memuncak selepas Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg berkata bahawa Rusia tidak boleh memenangi perang nuklear dan Moscow perlu menghentikan retorik nuklear yang berbahaya dan tidak bertanggungjawab.

Stoltenberg berikrar untuk meningkatkan kehadiran NATO di Poland berikutan serangan bertalu-talu  yang melanda Ukraine.

“Saya menjangkakan pemimpin-pemimpin  akan bersetuju untuk mengukuhkan kedudukan  NATO dalam semua domain termasuk  di darat, udara dan laut,” katanya.



Pemimpin-pemimin  NATO dijangka bersetuju menempatkan empat kumpulan gempur baharu di sayap timur perikatan itu di Bulgaria, Hungary, Romania dan Slovakia. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker