Sudah 10 tahun guna bekalan air lori tangki

SUNGAI PETANI: Lebih 1,500 penduduk Kampung Segantang Garam dan Kampung Pengkalan Bujang dekat Merbok bergantung bekalan air yang dibekalkan Syarikat Air Darul Aman (SADA) sejak lebih 10 tahun lalu ekoran sering terputus bekalan.
Penduduk Kampung Segantang Garam, Ismail Hashim, 51, berkata, mereka terpaksa berjimat, malah mencatu menggunakan air bagi mengelak terputus bekalan.
“Bagi keluarga besar seperti saya yang mempunyai tujuh ahli keluarga, kami terpaksa mencatu air berikutan air hanya dihantar dua hari sekali ke kawasan ini.
“Bekalan yang dihantar hanya cukup untuk kegunaan membasuh pinggan mangkuk dan mandi sahaja manakala membasuh pakaian kami terpaksa menghantar ke kedai dobi,” katanya semasa ditemui di sini semalam.
Jirannya, Rohimi Mohd Noor, 47, pula berkata, mereka semata-mata terpaksa bergantung kepada air yang dihantar SADA kerana tidak mempunyai alternatif lain berikutan kawasan didiami berpaya dan berdekatan laut.
“Kami tidak boleh mengorek telaga atau menggunakan air telaga tiub kerana air di sini masam dan berbau serta tidak sesuai digunakan.
“Jika kehabisan air yang dibekalkan SADA, kami terpaksa berulang alik ke Kampung Bendang Dalam atau Tupah sejauh kira-kira tiga kilometer untuk mendapatkan bekalan,” ujarnya.
Penduduk Kampung Pengkalan Bujang, Mahfuz Morat, 19, berkata, keluarganya membelanjakan RM200 untuk membeli air mineral untuk tujuan minuman dan membasuh pakaian di kedai dobi.
“Sebagai nelayan yang berpendapatan rendah, masalah ini membebankan kehidupan kami sekeluarga kerana terpaksa menghabiskan duit untuk perkara tersebut.
“Pada masa sama, kami juga terpaksa menjelaskan bil air bulanan sebanyak RM6 setiap bulan walaupun tidak memperoleh bekalan air SADA seperti di kawasan lain,” katanya.
Seorang penduduk, Azilah Azidan, 41, berkata, sepatutnya pihak SADA mengatasi segera masalah tersebut yang telah lama berlarutan di kawasan ini.
“Masalah gangguan ini tidak sepatutnya berlaku kerana kawasan kampung ini bukannya terletak jauh dari loji air di Tupah.
“Alasan paip air yang telah lama dan bersaiz kecil serta bekalan tidak mampu menampung pertambahan penduduk tidak patut diberikan lagi kerana masalah tersebut telah lama berlarutan,” katanya. – UTUSAN
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- KMahathir mahu tubuh Gerakan Pejuang Nasional?
- Boo Cheng desak Guan Eng undur diri
- Kenapa Petronas Perlu Ambil Alih Sapura Energy
- Kisah sukses dua jutawan wanita
- Diskriminasi agama di India, pelajar berhijab dilarang ambil peperiksaan
- China semakin galak
- Sapura Energy: Rafizi kutip fakta dari longkang
- Perompak kedai emas lari, ‘kecut’ dengar jeritan wanita
- Nurul, Nik Nazmi, Rodziah antara nama besar dalam ‘cai’ Rafizi
- Tak serik walau dah curi hampir 100 telefon bimbit
- Zul Ariffin boleh tolak, tetapi dia pilih sedap – Awie
- Datuk Adly tipu projek RM3.8b didenda RM3 juta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa