MB Kedah kata mahu eksport ketum segar sahaja bukan diproses

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, hari ini, berkata kerajaan negeri hanya memohon daun ketum segar dibenarkan dieksport ke Thailand, bukan pengambilan bahan itu untuk diproses.

Sanusi mendakwa, pengeksportan ketum mampu menghentikan penyeludupan berleluasa bahan itu di sempadan selain membantu mengurangkan jumlah daun terbabit di Kedah.

“Kalau kerajaan persekutuan buat keputusan cadangan (eksport) ini tidak dapat dipertimbangkan, kita akurlah dan kita hadapilah suasana yang sedang terjadi di lapangan pada waktu ini.



“Saya rasa ada kebaikan untuk kita membenarkan eksport daripada kita biar tanaman itu di sini…berlaku aktiviti penyeludupan dan kerana daun itu banyak, orang pun salah guna.

“Yang berdosa pada ketum ini adalah salah guna, bukan daun itu, daun itu tak ada dosa apa, yang dosa adalah salah guna,” katanya dalam sidang media.

Penjelasan Sanusi itu selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP, mendakwa beliau mengamalkan dwistandard untuk membenarkan ketum dieksport, namun memilih untuk mengharamkan aktiviti perjudian di negeri berkenaan, yang mana dibenarkan dalam undang-undang persekutuan.

Sanusi berkata, kertas cadangan yang meliputi pandangan pakar dalam bidang berkaitan dan petani akan dibentangkan kepada pegawai keselamatan dan kesihatan, di Putrajaya, tidak lama lagi.



Sanusi tetap meneruskan hasrat kerajaan negeri itu menerusi kertas cadangan walaupun Menteri Dalam Negeri, pada 17 Mac, mengatakan Kedah tidak akan dibenarkan mengeksport daun ketum ke Thailand.

“Kalau perkara itu dapat dipertimbangkan, bolehlah kerajaan negeri selepas itu memohon melantik mana-mana syarikat, agensi, anak syarikat kerajaan negeri atau sapa-sapa (mana-mana) lah, lesen mengendalikan pembelian dan eksport produk daun ketum segar, bukan diproses,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapan penggulungannya, Sanusi berkata, ketum sudah tumbuh meliar di negeri ini sejak berpuluh tahun dengan Padang Terap sahaja mempunyai tanaman itu membabitkan keluasan 80ha.

Beliau mendakwa pernah melihat daun ketum yang dihancurkan dijadikan minuman bagi merawat penagihan dadah.



Pekebun jana RM1,000 sebulan bagi 10 pokok

Dalam perkembangan berkaitan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah diberitahu, hampir 600,000 pekebun akan mendapat manfaat daripada pengambilan daun ketum susulan adanya permintaan daripada syarikat farmaseutikal di luar negara.

Exco Kedah, Firdaus Ahmad, berkata pekebun mampu meraih sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan membabitkan penuaian bahan itu daripada 10 pokok. Beliau juga mendakwa, pekebun di Kalimantan, Indonesia, berjaya menjana RM10 juta hasil eksport bahan berkenaan ke Eropah.

Firdaus juga menyokong idea pengeksportan ketum memandangkan tanaman itu mudah ditanam dan dengan tempoh singkat dapat diambil hasilnya.



Sebelum ini, Sanusi berkata, harga ketum dari Kedah mampu melonjak ke paras RM150 sekilogram di Thailand, berbanding sekilogram bahan itu dalam pasaran tempatan dijual pada harga RM30 sahaja.

Ketika ini, bahan daripada daun ketum adalah haram untuk diproses.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim

Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker