Kerajaan sedia pelan insurans keluarga miskin hilang pendapatan
Kerajaan sedia pelan insurans keluarga miskin hilang pendapatan
Rakyat miskin yang kehilangan punca pendapatan akibat kematian Ketua Isi Rumah (KIR) bakal dilindungi melalui Pelan Perlindungan Insurans kepada Isi Rumah (IR) Miskin yang akan dilaksanakan Kerajaan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri berkata, Pelan Perlindungan Insurans itu akan membabitkan kira-kira 268,000 keluarga miskin yang berdaftar dalam eKasih.
Beliau berkata, ia antara empat tindakan yang bakal dilaksanakan bagi memperkukuhkan sistem perlindungan sosial negara.
Katanya, Kerajaan menerusi Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) sudah mengenal pasti mekanisme perlindungan sosial yang lebih dinamik, fleksibel serta mampu bertindak balas dengan sebarang risiko yang dihadapi oleh Keluarga Malaysia.
“Mesyuarat MySPC Bilangan 1 Tahun 2022 pada hari ini bersetuju mengambil tindakan memperkasakan agenda perlindungan sosial sehingga ke peringkat daerah pentadbiran menerusi Jawatankuasa Teknikal Perlindungan Sosial Negeri (JTPSNg) bagi menyelaras Pemetaan Program dan Profil Perlindungan Sosial Fasa 2.
“Kerajaan akan meningkatkan tahap sosioekonomi Keluarga Malaysia dengan memberi nilai tambah dan tumpuan kepada Program Peningkatan Pendapatan kepada KIR Miskin dan Miskin Tegar yang berdaftar dalam eKasih.
“Kerajaan akan menyediakan Pelan Perlindungan Insurans kepada IR Miskin yang kehilangan punca pendapatan akibat kematian KIR membabitkan kira-kira 268,000 keluarga miskin yang berdaftar dalam eKasih. Setiap IR akan menerima RM10,000 dengan peruntukan sebanyak RM13.4 juta setahun,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Perdana Menteri berkata, mesyuarat MySPC itu juga bersetuju Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), diberi tanggungjawab menerajui Jawatankuasa Kerja Memodenkan Subsidi Bagi Meningkatkan Produktiviti. BH
Kerajaan sedia pelan insurans keluarga miskin hilang pendapatan
Baca Artikel Menarik:
- KMahathir mahu tubuh Gerakan Pejuang Nasional?
- Boo Cheng desak Guan Eng undur diri
- Kenapa Petronas Perlu Ambil Alih Sapura Energy
- Kisah sukses dua jutawan wanita
- Diskriminasi agama di India, pelajar berhijab dilarang ambil peperiksaan
- China semakin galak
- Sapura Energy: Rafizi kutip fakta dari longkang
- Perompak kedai emas lari, ‘kecut’ dengar jeritan wanita
- Nurul, Nik Nazmi, Rodziah antara nama besar dalam ‘cai’ Rafizi
- Tak serik walau dah curi hampir 100 telefon bimbit
- Zul Ariffin boleh tolak, tetapi dia pilih sedap – Awie
- Datuk Adly tipu projek RM3.8b didenda RM3 juta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa