ProtectHealth, Teraju meterai kerjasama promosi PeKa B40

ProtectHealth, Teraju meterai kerjasama promosi PeKa B40

ProtectHealth Corporation Sdn. Bh. (ProtectHealth) dan Teraju Bumiputera Corporation (Teraju) menjalin kerjasama untuk mempromosi Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40).

Menerusi kerjasama berkenaan, Teraju berperanan mengenal pasti klinik-klinik yang akan menyertai PeKa B40 seluruh negara.

Manakala ProtectHealth pula sebagai pentadbir skim penjagaan kesihatan untuk program tersebut khususnya menangani trend penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Disease – NCD) yang semakin meningkat khususnya dalam kalangan penduduk berpendapatan rendah.

Penerima yang layak akan menerima manfaat pemeriksaan kesihatan percuma, bantuan alat perubatan percuma, insentif
melengkapkan rawatan kanser serta insentif tambang pengangkutan.

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata, fokus utama kerjasama berkenaan untuk memastikan masyarakat lebih mudah menikmati manfaat PeKa B40.

“Fokus kita adalah untuk membawa PeKa B40 dengan lebih dekat lagi kepada masyarakat melalui kerjasama dengan Teraju ini melalui Memorandum Persefahaman ini juga dapat meluaskan akses program PeKa B40 ini di seluruh negara.

“Teraju sebagai rakan strategik kami akan meningkatkan rangkaian kami, dalam mendekati lebih ramai penerima manfaat yang layak untuk menikmati faedah PeKa B40. Insya-Allah ini juga akan membuka jalan untuk bekerjasama dengan Teraju dalam bidang strategik yang lain,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Anas, ProtectHealth adalah organisasi pertama di negara in yang berjaya membeli perkhidmatan daripada kedua-dua
penyedia penjagaan kesihatan awam dan swasta dan telah menjana penjimatan kos yang besar kepada kerajaan.

Mengulas lanjut beliau memberi jaminan ProtectHealth akan sentiasa bekerjasama dengan pihak yang berkepentingan untuk memastikan rakyat berpeluang menikmati program berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Md. Silmi Abd. Rahman berkata, kerjasama persefahaman yang dimeterai hari ini merupakan contoh terbaik apabila sistem penyampaian kerajaan diperluaskan kepada semua lapisan khususnya golongan B40 yang kurang berkemampuan.

“Teraju akan terus memberi penekanan kepada inisiatif keselamatan sosial in ke negeri-negeri lain, dan menjadikannya sebahagian dari program- program libat urus kami selaku agensi penyelaras utama di samping membantu meningkatkan
status ekonomi bumiputera,” jelasnya.

Menurutnya, dianggarkan 400,000 bumiputera di Sabah akan menerima manfaat PeKa B40 manakala 480,000 di Sarawak. MG

ProtectHealth, Teraju meterai kerjasama promosi PeKa B40


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim

Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker