Ismail mahu Bahasa Melayu jadi bahasa kedua ASEAN

Ismail mahu Bahasa Melayu jadi bahasa kedua ASEAN

Kerajaan akan mengadakan perbincangan bersama pemimpin ASEAN untuk cadangan penggunaan Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa kedua rantau ini.

Ia dalam usaha memartabatkan bahasa ibunda ke peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia sesuatu yang tidak mustahil ekoran lebih 300 juta penduduk di rantau Asia Tenggara menggunakan BM sebagai bahasa pengantar dan merupakan penutur ketujuh terbesar dunia.



“Usaha memartabatkan BM ini juga selari dengan salah satu daripada bidang keutamaan Kerangka Dasar Luar Malaysia yang telah dilancarkan oleh kerajaan pada 7 Disember 2021, iaitu Diplomasi Kebudayaan yang turut merangkumi elemen mengantarabangsakan BM di persada dunia,” tambahnya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan secara lisan Dewan Negara yang dikemukakan Senator Datuk Isa bin Ab. Hamid mengenai usaha kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu dalam urusan diplomatik negara.

Menurut Perdana Menteri, pada masa ini, hanya empat daripada 10 buah negara ASEAN yang menggunakan bahasa Inggeris dalam acara-acara rasmi peringkat antarabangsa.

“Manakala, enam buah negara lagi menggunakan bahasa ibunda sendiri dalam urusan rasmi masing-masing dan perlu diterjemahkan. Justeru, saya berkeyakinan bahawa suatu hari nanti, Bahasa Melayu boleh dijadikan sebagai salah satu bahasa rasmi ASEAN,” katanya.



Sebagai langkah awal dalam memartabatkan BM, beliau turut memaklumkan telah menggunakan bahasa ibunda itu semasa Lawatan Rasmi ke Indonesia, Brunei, Kemboja, Thailand dan terkini semasa lawatan ke Vietnam 2 hari lepas.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu, kerajaan juga akan meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (DBP) sebagai langkah memartabatkan BM sekaligus menjadikan ia sebagai bahasa ilmu.

Ia ekoran Akta DBP yang ada ketika ini tidak memberi kuasa kepada agensi kerajaan itu untuk menjalankan penguatkuasaan terhadap kesalahan bahasa.

Dari aspek pendidikan tinggi pula, menurut Ismail Sabri, Kementerian Pengajian Tinggi juga telah bersetuju supaya pelajar asing akan diwajibkan mempelajari bahasa Melayu apabila mereka mendaftar di universiti di negara ini. MG



Ismail mahu Bahasa Melayu jadi bahasa kedua ASEAN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang

Kerajaan sedang kaji mengapa ramai guru bersara awal

Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker