Kerajaan sedia pelan insurans keluarga miskin hilang pendapatan

Kerajaan sedia pelan insurans keluarga miskin hilang pendapatan

Rakyat miskin yang kehilangan punca pendapatan akibat kematian Ketua Isi Rumah (KIR) bakal dilindungi melalui Pelan Perlindungan Insurans kepada Isi Rumah (IR) Miskin yang akan dilaksanakan Kerajaan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, Pelan Perlindungan Insurans itu akan membabitkan kira-kira 268,000 keluarga miskin yang berdaftar dalam eKasih.

Beliau berkata, ia antara empat tindakan yang bakal dilaksanakan bagi memperkukuhkan sistem perlindungan sosial negara.

Katanya, Kerajaan menerusi Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) sudah mengenal pasti mekanisme perlindungan sosial yang lebih dinamik, fleksibel serta mampu bertindak balas dengan sebarang risiko yang dihadapi oleh Keluarga Malaysia.

“Mesyuarat MySPC Bilangan 1 Tahun 2022 pada hari ini bersetuju mengambil tindakan memperkasakan agenda perlindungan sosial sehingga ke peringkat daerah pentadbiran menerusi Jawatankuasa Teknikal Perlindungan Sosial Negeri (JTPSNg) bagi menyelaras Pemetaan Program dan Profil Perlindungan Sosial Fasa 2.

“Kerajaan akan meningkatkan tahap sosioekonomi Keluarga Malaysia dengan memberi nilai tambah dan tumpuan kepada Program Peningkatan Pendapatan kepada KIR Miskin dan Miskin Tegar yang berdaftar dalam eKasih.

“Kerajaan akan menyediakan Pelan Perlindungan Insurans kepada IR Miskin yang kehilangan punca pendapatan akibat kematian KIR membabitkan kira-kira 268,000 keluarga miskin yang berdaftar dalam eKasih. Setiap IR akan menerima RM10,000 dengan peruntukan sebanyak RM13.4 juta setahun,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat MySPC itu juga bersetuju Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), diberi tanggungjawab menerajui Jawatankuasa Kerja Memodenkan Subsidi Bagi Meningkatkan Produktiviti. BH

Kerajaan sedia pelan insurans keluarga miskin hilang pendapatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim

Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker