Hina OKU, Kak Long 7E akhirnya mengadap Polis
SHAH ALAM – Polis merekod keterangan Wan Noor Baizura, 33 atau lebih popular dengan gelaran ‘Kak Long 7E’ pada Rabu berhubung siasatan didakwa menghina dan memperlekehkan nasib orang kurang upaya (OKU) dengan memuat naik video yang meniru mimik muka golongan tersebut menerusi laman sosialnya.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner R Supramaniam berkata, keterangan wanita itu direkodkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya pada jam 12.30 tengah hari.
“Keterangan wanita itu diambil pada hari ini (Rabu) di IPD Subang Jaya untuk siasatan lanjut.
“Tindakan rampasan juga akan dibuat yang mengaitkan dengan siasatan ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM) dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
Video berdurasi 31 saat itu menyebabkan Wan Nor Baizura sekali lagi menerima kecaman hebat netizen selepas rakaman video perbuatan kecohnya di sebuah kedai serbaneka 24 jam tersebar di laman sosial sebelum itu.
Pada Selasa, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, sebanyak enam laporan diterima membabitkan kes terbabit di seluruh negara iaitu dua di Selangor manakala satu laporan masing-masing di Terengganu, Perak, Kuala Lumpur dan Johor.
Rohaimi berkata, pihaknya telah menyerahkan kes tersebut kepada polis Selangor memandangkan kertas siasatan telah dibuka di negeri itu.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- KMahathir mahu tubuh Gerakan Pejuang Nasional?
- Boo Cheng desak Guan Eng undur diri
- Kenapa Petronas Perlu Ambil Alih Sapura Energy
- Kisah sukses dua jutawan wanita
- Diskriminasi agama di India, pelajar berhijab dilarang ambil peperiksaan
- China semakin galak
- Sapura Energy: Rafizi kutip fakta dari longkang
- Perompak kedai emas lari, ‘kecut’ dengar jeritan wanita
- Nurul, Nik Nazmi, Rodziah antara nama besar dalam ‘cai’ Rafizi
- Tak serik walau dah curi hampir 100 telefon bimbit
- Zul Ariffin boleh tolak, tetapi dia pilih sedap – Awie
- Datuk Adly tipu projek RM3.8b didenda RM3 juta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim
Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa
You must be logged in to post a comment.