Geng seludup mercun ‘Raya’ kantoi

KUALA KRAI – Tiga lelaki yang dipercayai berperanan sebagai ‘transporter’ tidak sempat membawa sebanyak 97 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun dengan sebuah lori ke Johor apabila mereka ditahan di Jalan Batu Jong di sini, Ahad lalu.

Polis menahan lori lima tan jenis Nissan itu selepas melihat kenderaan tersebut dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan rondaan di kawasan itu kira-kira pukul 3.30 petang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pemeriksaan lanjut pada bahagian muatan lori itu kemudiannya telah menemui sebanyak 97 kotak mengandungi 7,760 lagi kotak kecil berisi pelbagai jenis mercun bernilai RM45,000.



Menurutnya, pemandu lori berusia 24 tahun, kelindan (57 tahun) dan rakan mereka (32 tahun) mendakwa mereka tidak mengetahui kandungan muatan yang dibawa selepas mengambilnya di Kota Bharu.

“Pemandu lori itu yang berasal dari Kota Masai, Johor memaklumkan bahawa kesemua barangan tersebut dipunggah oleh pihak lain dan tugas mereka adalah untuk membawa kotak-kotak berkenaan ke Johor.

“Semasa ditahan, ketiga-tiga suspek juga memberi kerjasama dan tidak membuat sebarang provokasi selain memaklumkan mereka sekadar mengambil upah menyediakan perkhidmatan penghantaran barang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shafien memberitahu, siasatan mendapati, pemandu lori itu menerima bayaran upah sebanyak RM1,600 untuk membawa barangan tersebut.



Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan, ketiga-tiga suspek juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Kes ini merupakan rampasan pertama melibatkan mercun. Kita faham situasi ketika ini yang semakin hampir dengan bulan Ramadan dan Syawal sehingga berlaku kegiatan penyeludupan mercun.

“Ketiga-tiga suspek direman selama empat hari bermula Ahad lalu sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Mudah Trace Semula Password



3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim

Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker