Mesir jumpa lima lagi makam purba Firaun

Mesir jumpa lima lagi makam purba Firaun

Kaherah: Mesir menemui lima makam purba Firaun di tapak arkeologi Saqqara di selatan Kaherah yang terbaharu dalam siri penemuan mercu tanda di kawasan itu.

Saqqara ialah sebuah nekropolis yang luas di ibu kota Mesir purba, Memphis.

Ia sebuah Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) yang menempatkan lebih daripada 12 piramid, tapak pengebumian haiwan dan biara Kristian Koptik purba.

Ahli arkeologi Mesir menemui lima makam di timur laut piramid Raja Merenre I, yang memerintah Mesir, kira-kira 2270 Sebelum Masihi.

Ketua Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir Mostafa Waziri berkata, lima makam itu semuanya dalam keadaan baik dan milik pegawai kanan diraja.

Kementerian Pelancongan dan Antikuiti berkata, satu daripada makam itu adalah milik pegawai tertinggi bernama Iry.

Turut ditemukan di dalam makan itu, keranda diperbuat batu kapur dengan hiasan berwarna-warni.

Makam yang selebihnya adalah milik ahli istana yang lain, termasuk pengurus istana dan seorang pendeta wanita yang “bertanggungjawab untuk kecantikan raja.”

Pada Januari 2021, Mesir mendedahkan khazanah purba yang ditemui di Saqqara, termasuk lebih daripada 50 keranda kayu sejak zaman Kerajaan Baharu.

Ia disifatkan pakar Mesir terkenal Zahi Hawass sebagai ‘menulis semula sejarah’.

Pihak berkuasa Mesir berharap untuk merasmikan Muzium Besar Mesir yang baharu berhampiran dataran tinggi Giza akhir tahun ini, selepas pembukaannya ditangguhkan beberapa kali. HM

Mesir jumpa lima lagi makam purba Firaun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang

Kerajaan sedang kaji mengapa ramai guru bersara awal

Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker