Kak Long Dungun, Polis Terengganu sedia bantu Selangor
Kak Long Dungun, Polis Terengganu sedia bantu Selangor
Kuala Terengganu: Polis Terengganu menyerahkan siasatan terhadap Wan Noor Baizura atau lebih popular dengan gelaran Kak Long Dungun kepada polis Selangor dan akan memberikan bantuan sewajarnya sekiranya diperlukan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, sehingga kini pihaknya belum dihubungi polis Selangor bagi mendapatkan bantuan.
Beliau berkata, siasatan berhubung kes itu diserahkan kepada polis Selangor memandangkan pihak berkenaan sudah membuka kertas siasatan.
Menurutnya, ia susulan laporan daripada seorang individu yang tidak puas hati dan berasa terhina dengan tindakan wanita terbabit membuat mimik muka seolah-olah memperlekehkan orang kurang upaya (OKU) menerusi satu hantaran video yang tersebar di laman sosial.
“(Polis) Selangor sudah melakukan siasatan kes berkenaan, jadi biarlah Selangor (polis) yang siasat.
“Walaupun Terengganu menerima laporan berhubung kes berkenaan, kita tidak mahu ada pertindihan dalam siasatan, biarlah Selangor yang meneruskan siasatan, kalau perlu bantuan, kita akan bantu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Video berdurasi 31 saat itu menyebabkan Wan Nor Baizura sekali lagi menerima kecaman hebat netizen selepas rakaman video perbuatan kecohnya di sebuah kedai serbaneka 24 jam tersebar di laman sosial sebelum itu.
Selain daripada laporan individu berusia 42 tahun yang juga OKU fizikal dari Taman Puchong Utama, Puchong, Selangor, laporan sama turut dibuat Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (POKUAT) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Terengganu, Selasa lalu.
Menerusi laporan itu, POKUAT berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat akaun media sosial wanita terbabit.
HM
Kak Long Dungun, Polis Terengganu sedia bantu Selangor
Baca Artikel Menarik:
- Ketika PKR dikhianati, ada pemimpin pilih bercuti – Saifuddin
- Fizz Fairuz sedih dengan industri hiburan Malaysia
- Hutang kerajaan catat RM979.8 bilion, masih bawah had KDNK
- Tular lelaki bergaduh, saling menetak
- Mariupol dihujani bom, mayat bergelimpangan
- Pembuli jalan raya ditahan polis
- Pua, Kian Ming gagal dapat tempat pada pemilihan CEC DAP
- Guan Eng menangis, Anthony Loke diumum Setiausaha Agung DAP yang baharu
- Bayaran BKM Fasa 1 pada 28 Mac
- Vida, peliknya semakin menjadi-jadi
- Siapa yang curi van jenazah?
- Aksi panas, macam dah tak ada otak – Zul Yahya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR
Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri