Pemandu Ford Ranger ditahan reman tiga hari

Tangkap layar video yang menunjukkan Ford Ranger menghimpit konvoi kenderaan mewah sehingga berlaku perlanggaran dalam kejadian di susur keluar Sedenak, Kulai pada 18 Mac lalu.

 

KULAI – Seorang wanita yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger sehingga berlanggar dengan sebuah Lamborghini seperti yang tular di media sosial baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, wanita berusia 28 tahun ditahan di pekarangan ibu pejabat polis daerah berkenaan pada pukul 1 pagi.

“Pemandu Ford Ranger itu cuba memotong konvoi kenderaan Lamborghini secara zig zag sebelum berlanggar dengan salah sebuah kereta di dalam konvoi berkenaan ketika cuba memasuki lorong kiri.

“Disebabkan pelanggaran itu, konvoi Lamborghini berkenaan tidak berpuas hati dan telah menghentikan kenderaan di tengah-tengah lebuh raya sebelum berlaku perselisihan faham antara pemandu Ford Ranger dan kumpulan berkenaan,” ujarnya.

Jelasnya, wanita berkenaan kini ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini selepas perintah reman dikeluarkan Majistret, Sharifah Maleeha Syed Hussin.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM15,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, tular video berdurasi 1 minit 14 saat di media sosial memaparkan sebuah Ford Ranger dipandu secara merbahaya sehingga menyebabkan berlaku pelanggaran dengan sebuah kenderaan yang berada dalam kumpulan konvoi Lamborghini di Kilometer 34 Lebuh Raya Utara-Selatan menghampiri susur keluar Sedenak, di sini pada 18 Mac lalu

Pemandu Ford Ranger ditahan reman tiga hari

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker