Dua budak lelaki ditemui selepas hilang sebulan di Amazon

Glauco (kanan) dan Gleison (kiri) selepas menerima rawatan di hospital tempatan. CEN

BRASILIA, Brazil – Dua beradik lelaki yang hilang di hutan hujan Amazon selama empat minggu berjaya ditemui semula dalam keadaan masih hidup, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Glauco, 7 , dan Gleison Ferreira, 9, meninggalkan rumah mereka di Lago Capanã dalam  negeri Amazonas, Brazil untuk mencari burung kecil pada 18 Februari lalu.

Apabila mereka berdua tidak pulang daripada aktiviti itu, pihak berkuasa memulakan pencarian secara  meluas di hutan hujan tersebut di barat laut Brazil  tetapi menamatkannya pada 26 Februari lalu.

Bagaimanapun, pada malam Selasa lalu, seorang pemotong pokok berjaya menemui dua kanak-kanak ini apabila salah seorang daripada mereka menjerit apabila mendengar bunyi gergaji rantainya.

Lelaki itu mendapati dua budak lelaki itu terbaring di atas permukaan hutan dalam keadaan lapar dan badan mereka kurus kering dengan kesan melecet pada kulit.

Kapsyen – Glauco (kanan) dan Gleison (kiri) dibawa dengan bot dari kawasan terpencil di mana mereka ditemui ke dok kecil sebelum dikejarkan hospital tempatan. – CEN

Ketika pasukan penyelamat membawa Glauco dan Gleison bertemu keluarga, kanak-kanak tersebut  memberitahu ibu bapa mereka bahawa mereka tidak makan apa-apa semasa hilang dan terselamat hanya dengan meminum air hujan.

“Keadaan fizikal anak-anak saya sangat menyayat hati tetapi saya sangat bersyukur kerana mereka masih hidup,” kata bapa mangsa, Claudionor Ribeiro Ferreira.

Glauco dan Gleison kemudiannya dibawa  ke hospital di Manicoré di mana mereka diberi rawatan kerana mengalami kekurangan zat makanan yang teruk, dehidrasi dan kulit melecet sebelum diterbangkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital lain di di ibu negeri Amazonas, Manaus. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker