PM ke Vietnam bermula esok bagi lawatan rasmi sulung

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan rasmi sulung beliau ke Vietnam bermula esok hingga 22 Mac ini di atas jemputan Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh.

Kementerian Luar Negeri (KLN) berkata, pertemuan di antara dua rakan sejawat itu akan diadakan bagi menilai kemajuan pelaksanaan Pelan Tindakan 2021-2025 Perkongsian Strategik Malaysia-Vietnam selain bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa melibatkan kepentingan bersama.

“Kedua-dua Perdana Menteri akan menyaksikan pertukaran dokumen termasuklah Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Aktiviti Kerjasama Undang-Undang serta MoU mengenai Pengambilan, Penggajian dan Penghantaran Pulang Pekerja.



“Malaysia dan Vietnam turut bersetuju untuk menerokai kerjasama dalam bidang latihan diplomatik yang akan dizahirkan melalui satu Surat Niat serta pemeteraian satu Perjanjian Kerjasama Profesional antara Bernama dan Agensi Berita Vietnam,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, Perdana Menteri akan turut diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta pegawai-pegawai kanan kerajaan daripada Pejabat Perdana Menteri dan kementerian yang berkaitan.

Jelas kenyataan itu, Ismail Sabri turut dijadual mengadakan pertemuan berasingan dengan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, Presiden Vietnam, dan Pengerusi Dewan Rakyat Vietnam.

“Perdana Menteri juga akan mengadakan sesi libat urus dengan komuniti perniagaan Malaysia dan bertemu dengan Keluarga Malaysia di Vietnam.



“Lawatan Rasmi ini mencerminkan kepentingan hubungan Malaysia–Vietnam selaku negara jiran dan rakan kongsi dalam ASEAN malah kedua-dua negara bakal menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik pada 2023,” katanya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS



Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker