Video lelaki tunjuk isyarat lucah, pecah cermin kereta berlaku 2018

KLANG – Satu video tular yang memaparkan seorang lelaki menunjukkan isyarat lucah dan memecahkan cermin kereta di hadapan sebuah balai polis di sini dikesan berlaku pada tahun 2018.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, video berkenaan merupakan video lama sekitar tahun 2018 dan individu berkenaan merupakan warga tempatan itu sedang menjalani hukuman penjara.

“Individu terbabit sebelum ini telah dituduh di Mahkamah Klang pada 20 Ogos 2018, suspek telah dijatuhkan hukuman denda RM 2,000 dan jika gagal bayar, penjara selama tempoh 3 bulan bagi pertuduhan dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan manakala bagi pertuduhan dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan telah dijatuhkan hukuman denda RM 3,000 dan jika gagal bayar, penjara selama tempoh empat bulan.



“Individu berkenaan didapati tidak membayar denda dan telah menjalani hukuman penjara yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada Khamis, polis telah mengesan satu video tular di media sosial Twitter berkaitan satu kejadian seorang lelaki menunjukkan isyarat lucah dan memecahkan cermin kereta di hadapan sebuah balai polis.

Video berkenaan berdurasi 56 saat itu telah dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Twitter sebelum ia menjadi tular di media sosial.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara



Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]



Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker