Tagih Aura Sorakan Ultras Malaya- Kim Pan-Gon

Tagih Aura Sorakan Ultras Malaya- Kim Pan-Gon

Aura Stadium Nasional Bukit Jalil dengan sorakan ribuan penyokong terutama Ultras Malaya sebagai pemain ke-12 diharap terus bergema dalam mengiringi perjuangan skuad Harimau Malaya dalam kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023, Jun ini.

Jelas pengendali negara, Kim Pan-gon, beliau yakin dengan sokongan tidak berbelah bagi di venue keramat itu nanti, anak buahnya mampu melakukan kejutan dan melepasi peringkat Kumpulan E nanti.

Dalam kempen terbabit, Malaysia selaku tuan rumah berentap dengan Bahrain, Bangladesh dan Turkmenistan bagi memburu slot ke Piala Asia dengan juara kumpulan saja layak secara automatik, atau cuba menamatkan kedudukan selaku lima pasukan kedua terbaik daripada enam kumpulan.

“Saya pernah beberapa kali berada di Stadium Nasional Bukit Jalil dan mendapati ia stadium besar, namun kali ini saya dapati stadium ini juga sangat bersih yang memberikan gambaran ia bersedia sebagai venue tuan rumah Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2023.

“Terima kasih semua pihak yang terbabit mempersiapkan stadium ini yang turut dijadikan venue untuk latihan skuad Harimau Malaya, sekaligus membuatkan saya tidak sabar menantikan aksi skuad negara di sini.

Skuad negara bakal mengharungi dua aksi persahabatan Tier 1 di Singapura minggu depan sebagai persediaan sebelum ke kelayakan Piala Asia itu Jun ini.

Seramai 30 pemain dipanggil Pan-gon dengan skuad kebangsaan menentang Filipina pada 23 Mac sebelum berdepan Singapura tiga hari kemudian serta bertemu kelab dari negara terbabit, Albirex Niigata dua hari selepas aksi dengan tuan rumah itu.-HM

Tagih Aura Sorakan Ultras Malaya- Kim Pan-Gon

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker