China kenakan ‘lockdown’ semula pada 30 juta penduduknya

BEIJING – Hampir 30 juta penduduk di seluruh China berdepan langkah ‘lockdown’ pada Selasa, susulan lonjakan kes jangkitan luar biasa dalam skala yang tidak pernah dilihat sejak pandemik Covid-19 bermula di bandar Wuhan pada akhir 2019.

Pada Selasa, Beijing merekodkan kira-kira 5,300 kes baharu yang menyaksikan peningkatan lebih dua kali ganda berbanding sehari sebelum itu, berpunca daripada penularan varian Omicron yang menyebabkan negara itu kini berdepan krisis pandemik terburuk sejak lebih dua tahun lalu.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) memaklumkan, kira-kira 13 bandar dikenakan sekatan penuh, manakala beberapa kota lain berdepan ,lockdown’ separa setelah negara itu pernah melaksanakan langkah sekatan ketat sebagai strategi ‘sifar Covid-19’, namun gagal mengekang penyebaran wabak tersebut dalam kalangan komuniti.



Ketika ini, wilayah timur laut Jilin yang bersempadan dengan Korea Utara adalah yang paling teruk terjejas dengan lebih 3,000 kes baharu dilaporkan, selain penduduk di beberapa bandar lain termasuk ibu kota Changchun yang mempunyai populasi sembilan juta penduduk dikenakan perintah duduk di rumah.

Gabenor Jilin turut berikrar untuk melakukan sehabis baik bagi mencapai komuniti sifar Covid dalam tempoh seminggu ketika mesyuarat tergempar pada malam Isnin.

Bandar Shenzhen yang merupakan hab teknologi di wilayah Guangdong dan berpopulasi 17.5 juta penduduk melaksanakan ‘lockdown’ bermula semalam, yang menyebabkan kebanyakan kilang terpaksa menutup operasi.

Beberapa bandar lain termasuk Shanghai telah menutup sebahagian kawasan kejiranan dan bangunan selepas pihak berkuasa cuba untuk meminimumkan gangguan kepada aktiviti harian penduduk.



Difahamkan, Selasa menandakan hari keenam berturut-turut negara ekonomi kedua terbesar di dunia itu mencatatkan lebih 1,000 kes baharu.

Selain itu, data penjejakan penerbangan juga menunjukkan puluhan penerbangan domestik di lapangan terbang di Beijing dan Shanghai terpaksa dibatalkan.

“Penularan semula wabak dan sekatan yang diperbaharui terutamanya penutupan di Shenzhen akan membebankan pengguna dan mengakibatkan gangguan bekalan dalam tempoh terdekat,” ujar Tommy Wu di Oxford Economics.

Menurutnya, situasi tersebut akan menjadi ‘cabaran’ kepada China untuk mencapai sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kira-kira 5.5 peratus.



Sementara itu, pakar perubatan terkemuka, Zhang Wenhong telah mencadangkan prospek bagi melembutkan strategi ‘sifar Covid’ dalam menghadapi ancaman Omicron, namun beliau memberi amaran sebarang tindakan melonggarkan ujian saringan dan penutupan adalah mustahil untuk tempoh jangka pendek.

Sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak itu, pihak berkuasa kesihatan di Beijing tidak menolak kemungkinan pelaksanaan sekatan lebih ketat. – AFP

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor



Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker