Konflik kepentingan hakim, SRC International bakal dibicarakan semula?

PUTRAJAYA: Peguam Najib Razak akan memohon bagi pihak bekas Perdana Menteri itu berhubung kes RM42 juta SRC International untuk dibicarakan semula jika berjaya mengemukakan potensi berlakunya konflik kepentingan membabitkan hakim perbicaraan.

Peguam Shafee Abdullah berkata, ia antara alternatif yang akan dipohon dalam permohonan pembelaan Najib.

Najib akan memfailkan permohonan untuk mengemukakan keterangan bahawa hakim perbicaraaan Nazlan Mohd Ghazali sebelum ini terbabit dalam meluluskan pinjaman lebih RM6 bilion daripada Maybank kepada 1MDB. Nazlan pernah menjadi ketua peguam bagi Maybank ketika itu sebelum dilantik sebagai hakim.

Pihak pembelaan akan memfailkan keterangan baharu dalam tempoh dua hari ini.

“Ada kemungkinan kesilapan dalam pensabitan, kami akan melihat sama ada mahkamah boleh membebaskan dan membatalkan semua pertuduhan,” katanya kepada pemberita.

SRC International adalah anak syarikat kepada 1MDB sehingga Februari 2012.

Semalam, Shafee berkata, Nazlan sepatutnya menarik diri daripada mendengar kes Najib di Mahkamah Tinggi kerana beliau mungkin boleh menjadi saksi dalam perbicaraan 1MDB.

Sebagai ketua peguam kepada Maybank beliau berkata, Nazlan “mungkin membentuk pandangan tertentu menentang 1MDB”.

Nazlan, yang dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan pada Julai 2020 mensabitkan Najib atas semua tujuh pertuduhan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik SRC International.

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Keputusan Nazlan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada Disember lalu. Najib sedang merayu terhadap keputusan itu di Mahkamah Persekutuan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor

Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker