Felda, PRIMA rugi lebih RM1.2 bilion, LKAN kemuka 16 syor kepada Agensi Persekutuan

 

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menghadapi isu berterusan berdasarkan tahap keberhutangan dan kebergantungan agensi itu kepada bantuan kerajaan, sama ada dalam bentuk geran, pinjaman atau jaminan.

Ketua Audit Negara, Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata Felda mengalami kerugian bersih berjumlah RM1.005 bilion.



Menurut Wan Suraya, Felda juga didapati mempunyai kedudukan tunai dan kesetaraan tunai yang rendah berbanding kerugian dengan nilai RM0.808 bilion berakhir 31 Disember tahun 2022.

“Geran Kerajaan yang diterima oleh Felda pada tahun 2022 berjumlah RM0.214 bilion (2021: RM0.342 bilion). Felda bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan persekutuan untuk menampung kos operasi dan liabiliti.

“Felda mempunyai komitmen yang tinggi untuk melunaskan pembiayaan yang diterima sehingga tempoh matang. Felda memperoleh pinjaman daripada institusi kewangan berjumlah RM7.973 bilion dan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM0.686 bilion,” katanya.

Perkara itu dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2022 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.



Sementara itu, menurut Wan Suraya pula, Felda mempunyai komitmen bayaran balik Kemudahan Pembiayaan Tawarruq kepada sebuah syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) sejumlah RM50 juta setahun bagi tempoh lima tahun mulai tahun 2024.

“Baki bayaran balik berjumlah RM2.595 bilion perlu dibuat mengikut jadual dalam tempoh 15 tahun mulai tahun 2029,” katanya.

Kerugian PR1MA 

Sementara itu, turut menghadapi isu usaha berterusan berdasarkan tahap keberhutangan dan kebergantungan adalah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA).



Dalam laporan muka surat 22 daripada 106 muka surat itu, PR1MA dilapor menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion manakala liabiliti berjumlah RM5.746 bilion.

Dengan kedudukan tunai dan kesetaraan tunai berjumlah RM0.428 bilion, baki pinjaman sukuk berjumlah RM3.792 bilion perlu dilunaskan hingga tahun 2027 termasuk Sukuk Tranche 2 berjumlah RM1.750 bilion yang akan matang pada Oktober 2024.

“Keadaan ini menunjukkan PR1MA mempunyai komitmen bayaran balik sukuk yang tinggi hingga tahun 2027,” kata laporan berkenaan.

Sementara itu, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tidak membuat penjejasan nilai terhadap pelaburan dalam syarikat subsidiari berjumlah RM0.812 bilion, iaitu Boustead Holdings Berhad berjumlah RM0.768 bilion dan Pharmaniaga Berhad (RM0.044 bilion).



“Perkara ini menyebabkan untung bersih dan pelaburan dalam syarikat subsidiari terlebih nyata berjumlah RM0.812 bilion.

“LTAT telah merekodkan keuntungan bukan tunai sebanyak RM0.189 bilion yang telah digunakan sebagai asas untuk pembayaran dividen tahun 2022 kepada pencarum,” katanya.

16 syor

Selain itu, Wan Suraya berkata, LKAN mengemukakan 16 syor kepada Agensi Persekutuan bagi tujuan penambahbaikan.



Wan Suraya berkata syor itu antaranya ketua agensi Persekutuan hendaklah mengemukakan penyata kewangan untuk diaudit mengikut tempoh ditetapkan dan memastikan geran dibelanjakan mengikut tujuan dalam tempoh ditetapkan.

“Pinjaman yang dibuat oleh agensi persekutuan perlu dijelaskan mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan supaya tidak membebankan Kerajaan Persekutuan yang perlu menanggung kos kewangan melebihi tempoh sepatutnya.

“Selain itu mengkaji semula penubuhan syarikat subsidiari yang dorman, mengalami kerugian, dan tidak memberi pulangan yang sewajarnya,” katanya.

Tambah Wan Suraya, setakat 11 Januari lalu, sebanyak 140 daripada 144 Penyata kewangan agensi persekutuan 2022 dikemukakan untuk pengesahan ketua audit negara.



Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 130 penyata selesai pensijilan manakala empat agensi persekutuan belum mengemukakan penyata 2022 disebabkan gangguan rangkaian sistem kewangan dan kelewatan pelantikan pengerusi lembaga pengarah.

LKAN mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2022 dimuat naik di laman sesawang Jabatan Audit Negara di pautan https://lkan.audit.gov.my selepas pembentangannya di Dewan Rakyat.

Buat julung kalinya juga, jenis Sijil Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan Agensi Persekutuan 2022 dimuat naik melalui Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara di pautan https://agdashboard.audit.gov.my/.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai

Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’

Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira

Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker