Dua Kanak-Kanak Maut Motosikal Rempuh Tiang Elektrik

Dua Kanak-Kanak Maut Motosikal Rempuh Tiang Elektrik

Bukit Mertajam: Dua kanak-kanak lelaki maut selepas motosikal ditunggangi mereka terbabas dan melanggar tiang elektrik di kawasan sawah padi di Kampung Terus, Penanti, di sini.

Kedua-dua mangsa yang dipercayai berusia 12 tahun itu dilaporkan maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.



Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung berkenaan, Baharuddin Abdullah berkata, dia mendapat panggilan telefon daripada penduduk kampung itu berhubung kemalangan tragis berkenaan pada 2.30 petang.

“Saya yang kebetulan berada di luar kawasan terus bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati terdapat mayat dua kanak-kanak yang tercampak dari motosikal Honda EX5 yang ditunggangi mereka.

“Dua kanak-kanak ini bukan penduduk kampung di sini dan mereka didapati masuk meronda dengan menunggang motosikal sebelum mereka terbabit kemalangan.



Katanya, polis sudah datang membuat pemeriksaan dan menghantar mayat kedua-dua kanak-kanak itu kemudian ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut berhubung kemalangan berkenaan masih lagi diteruskan.

Terdahulu, tular di media sosial memaparkan video dan gambar berhubung kemalangan yang menimpa dua kanak-kanak itu.

Difahamkan, kemalangan itu berlaku apabila motosikal ditunggangi terbabas dan hilang kawalan sebelum melanggar tiang elektrik dekat situ.



Berikutan impak kemalangan berkenaan menyebabkan kepala mangsa pecah sehingga menyebabkan otak terkeluar.-HM

Dua Kanak-Kanak Maut Motosikal Rempuh Tiang Elektrik

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker