Bocor rahsia pesakit mati pucuk, juruwat dipecat

LONDON – Seorang jururawat di Liverpool dipecat kerana menjual maklumat peribadi mengenai pesakit yang mengalami masalah mati pucuk dan keadaan-keadaan lain kepada sebuah syarikat swasta demi mendapatkan wang dan baucar hadiah daripada Amazon, lapor akhbar Daily Star semalam.

Salihu Samas, yang bekerja di Hospital Broadgreen telah dibayar oleh firma farmaseutikal Cam Market Research untuk maklumat yang diberikan.

Dia yang merupakan seorang jururawat urologi telah bekerja di hospital itu sejak 1999 sebelum dipecat pada 2018 kerana aktiviti salah lakunya terbongkar, lapor akhbar Liverpool Echo.

Kini, dia digantung daripada bertugas sebagai jururawat di mana-mana tempat di Britain selama enam bulan selepas disiasat oleh pengawal selia Majlis Kejururawatan dan Perbidanan (NMC).

NMC meminta Samas diberhentikan secara kekal namun panel disiplin bebas memutuskan untuk memberinya peluang sekali lagi.

Ia diputuskan setelah rujukan watak menggambarkan bahawa Samas adalah seorang ‘jururawat cemerlang’ dan hakikat bahawa tiada pesakit yang dicederakan.

Dalam keterangannya, Samas berkata telah meminta kebenaran pesakit secara lisan untuk berkongsi maklumat mereka. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker