Liverpool kelab impian Ancelotti, sedia bimbing The Reds
Liverpool kelab impian Ancelotti, sedia bimbing The Reds

London: Carlo Ancelotti tegaskan dirinya cukup berminat untuk bergelar pengendali Liverpool dan menganggap kelab itu sebagai pasukan impiannya, malah jurulatih Real Madrid itu mengakui turut menolak tawaran memimpin skuad kebangsaan Itali.
Pada Oktober 2015 selepas pemecatan Brendan Rodgers, Anceloti pernah dikaitkan untuk membimbing Liverpool tetapi Jurgen Klopp akhirnya dilantik sebagai pengurus kelab itu.
Kemudian beliau bersetuju menyertai Bayern Munich bagi menggantikan Pep Guardiola pada penghujung musim 2015/16.
Walaupun tidak dapat membimbing Liverpool namun Ancelotti tetap ke Merseyside apabila menerima tawaran Everton pada 2019.
Bercakap kepada RSI, pengendali veteran itu menzahirkan rasa kagum terhadap Toffees dan turut mengimbau kembali perseteruan hebat antara kedua-dua pasukan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
“Impian saya adalah mengendalikan Liverpool, tetapi kemudiannya saya berada di Everton dan selepas menikmati perseteruan kedua-dua pasukan, kini saya adalah penyokong Everton.
“Saya suka suasananya kerana mereka ada semangat yang begitu hebat mengenai pasukan mereka,” kata Ancelotti.
Ancelotti turut mengakui dia menolak peluang untuk menjadi pengurus pasukan kebangsaan Itali pada 2018 sebelum pelantikan Roberto Mancini.
“Saya katakan tidak kepada pasukan kebangsaan Itali kerana saya tidak begitu menyukainya.
“Saya suka berada di padang setiap hari untuk bersedia menjalankan latihan tetapi pasukan kebangsaan nampak seperti kerja separuh masa dan saya tidak begitu bersemangat mengenainya,” katanya.
Liverpool kelab impian Ancelotti, sedia bimbing The Reds
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.