Aksi ‘Stunt Man’ Mat Kapcai Bukan Di Felda Serting [VIDEO]

Aksi ‘Stunt Man’ Mat Kapcai Bukan Di Felda Serting [VIDEO]

Lakukan aksi lagak ngeri dengan berputar 360 darjah berulang kali menggunakan motosikal sebelum adegan itu dikongsi di media sosial.

Bagaimanapun aksi berbahaya penunggang motosikal yang tular di Facebook itu bukan kejadian baharu yang didakwa berlaku di Felda Serting Hilir 5 di sini.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, pihaknya melakukan siasatan susulan penyebaran video berkenaan semalam.

Menurutnya, kejadian itu dipercayai dirakam pada Ogos 2021 dan ia pernah dimuat naik di laman Facebook lain sebelum ini.

VIDEO DIBAWAH:-

Katanya, siasat polis mendapati aksi lagak ngeri itu juga bukan berlaku di tanah rancangan Felda Serting Hilir 5 tetapi dilakukan tempat lain.

“Pihak pengurusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK) FELDA Serting Hilir Lima juga mengesahkan aksi bahaya itu bukan dilakukan di tanah rancangan itu.

“Tiada kawasan lapang, tiang elektrik dan berpagar seperti terdapat dalam video ditularkan itu,” katanya semalam.

Setakat ini video berkenaan sudah dikongsi sebanyak 280 kali.-HM

Aksi ‘Stunt Man’ Mat Kapcai Bukan Di Felda Serting [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker