Annuar Musa gesa adakan PRU-15 jika BN sudah sedia

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) perlu benar-benar sudah bersedia selain mendapat sokongan majoriti rakyat untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang bersetuju telah tiba masa untuk persiapan bagi PRU15 diadakan berkata, buat masa ini perkara terbaik yang perlu dilakukan adalah meneliti semua perkara berkaitan termasuk sentimen rakyat.

“Sekiranya benar-benar sudah siap, saya fikir elok disegerakan. Bila tarikhnya, terserah kepada budi bicara Perdana Menteri setelah berunding secara dalaman dengan Majlis Kerja Tertinggi UMNO,” kata Annuar dalam catatan di laman Facebook rasmi beliau pada Ahad.



Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri yang menegaskan PRU tidak boleh diadakan hanya kerana desakan sekumpulan kecil, sebaliknya pilihan raya merupakan perkara besar yang memerlukan perbincangan selain persediaan pelbagai aspek dan pihak berkaitan.

Annuar berkata, reaksi Ismail Sabri itu menggambarkan kebijaksanaan dan kematangan berpolitik seorang Perdana Menteri kerana PRU bukan satu perkara kecil apa lagi untuk membubarkan sebuah kerajaan yang sedang memerintah dengan mandat daripada hampir seluruh ahli Dewan Rakyat.

Beliau berkata, Perdana Menteri mewakili parti minoriti iaitu 42 daripada 116 kerusi gabungan pelbagai parti di Parlimen yang mempunyai keseluruhan 222 kerusi, maka perbincangan dalam kerajaan wajib diambil kira.

Menurut Annuar, tarikh pembubaran Dewan Rakyat mesti menjadi rahsia besar parti memerintah dan kekal sebagai hak budi bicara Perdana Menteri, bukannya ditentukan melalui desakan terancang.



Menjelas lanjut, Annuar berkata, untuk membolehkan PRU15 diadakan, ia memerlukan pimpinan tertinggi yang bertanggungjawab tentang kesiapsiagaan parti daripada sudut sumber, logistik, kewangan, organisasi dan strategi.

Beliau berkata, kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November lepas dan Johor semalam adalah kerana pimpinan parti tahu kesiapsiagaan mereka selain sentimen rakyat yang menyokong keputusan kerajaan negeri.

“Di pusat, sentimen ini perlu diteliti kerana sekiranya berbuat sesuatu lain daripada sentimen rakyat, mereka akan memberi reaksi melalui peti undi,” katanya.

Selain itu, Annuar berkata, keputusan di kedua-dua PRN itu juga kerana sokongan dan dukungan ibu pejabat parti, perdana menteri, para menteri dan timbalan menteri, para menteri besar dan ketua bahagian seluruh negara yang mana ia tidak mampu ditandingi oleh mana-mana parti.



“Dalam PRU, ini tidak akan berlaku kerana semua kawasan akan sibuk menjaga kawasan masing masing dan sekiranya persiapan terutama sumber serta kewangan tidak mencukupi, seluruh jentera akan lumpuh sama sekali,” kata Annuar. – Bernama

 

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/192664/BERITA/Politik/Adakan-PRU-jika-BN-sudah-sedia-dapat-sokongan-majoriti-rakyat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor



Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker