Musuh BN Guna Taktik ‘Auta 1001 Malam’, ‘Bohong Sampai Jadi’ Ulangi Dakyah

Musuh BN Guna Taktik ‘Auta 1001 Malam’, ‘Bohong Sampai Jadi’ Ulangi Dakyah

BARANGKALI orang Johor sudah nampak musuh Barisan Nasional (BN) mengulangi dakyah yang sama saban hari sejak kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bermula.

Dakyah berhubung tuduhan mereka konon PRN Melaka dan PRN Johor diadakan kerana BN angkuh serta tamak kuasa.

Konon mahu menyelamatkan pemimpin BN yang mereka sendiri kenakan pendakwaan mahkamah selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Sedangkan rakyat tahu PRN Melaka disebabkan tindakan beberapa wakil rakyat menarik balik sokongan kepada Ketua Menteri.

Empat wakil rakyat termasuk daripada parti mereka dan seorang wakil rakyat BN yang kemudian bertanding menggunakan logo mereka.

Rakyat tahu PRN Johor diadakan untuk mengembalikan kestabilan politik di Johor selepas kerajaannya sentiasa berdepan ugutan.

Kerajaan Johor diugut oleh mereka yang mengancam mahu tekan butang jika kepentingan politik mereka tidak dipenuhi.

Mereka membuat ancaman itu kerana menyedari kerajaan Johor memiliki kerusi tipis di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Kedudukan kerusi tipis yang turut mengundang risiko kepada kesukaran kerajaan Johor berfungsi dengan baik.

Perkara ini pernah saya perjelaskan dalam posting terdahulu.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=492775168886403&id=100044617711053

Malah rakyat tahu PRN Melaka dan Johor tidak akan beri kesan kepada mahkamah sebaliknya beri kesan kepada mereka.

Sebenarnya lawan BN tahu rakyat tahu fakta itu, tetapi inilah namanya taktik ‘Auta 1001 Malam’ atau ‘Bohong Sampai Jadi’.

Taktik itu bertujuan untuk menanam propaganda mereka dalam fikiran masyarakat Johor.

Mereka ulang-ulang tohmahan yang sama dengan objektif lama-kelamaan rakyat termakan hasutan yang diulangi setiap hari.

Seperti PRU yang lepas, cara berkempen mereka tetap sama dengan menabur fitnah dan menanam kebencian rakyat dengan tipu daya dan pembohongan yang direka dicipta diguna pakai oleh mereka sendiri.

Ini berbeza berbanding BN sentiasa mengetengahkan usaha dan gerak kerja tentang kepentingan kestabilan rakyat dapat dikembalikan di Johor Insya-Allah.

Dalam masa yang sama kita menjawab tohmahan mereka berdasarkan fakta yang benar dari semasa ke semasa.

Namun Bangsa Johor jangan pandang rendah taktik mereka kerana inilah taktik sama digunakan mereka semasa PRU-14.

Sentiasalah berwaspada supaya tidak masuk perangkap yang sama buat kali kedua. Kali ini orang Johor tetapkan hati yakini BN.

Saya amat yakin seluruh pengundi di Johor dapat menilai dan membezakan mana Intan dan kaca, mana yang sembang kari, mana yang buat kerja sampai jadi. – UMNO ONLINE

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Pengerusi BN
Presiden UMNO

Musuh BN Guna Taktik ‘Auta 1001 Malam’, ‘Bohong Sampai Jadi’ Ulangi Dakyah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker