PRN Johor: Suppayah Yakin DUN Bukit Batu Kembali Kepada BN

PRN Johor: Suppayah Yakin DUN Bukit Batu Kembali Kepada BN

Pengalaman menggalas jawatan penting puluhan tahun menyebabkan beliau sudah biasa berdepan dengan pelbagai masalah dan isu masyarakat.

S Suppayah yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu juga adalah calon tempatan.

“Saya mempunyai pengalaman menjadi Ahli Majlis selama 14 tahun dan pengalaman itu membuatkan saya sudah biasa bekerja dengan pelbagai bangsa di sini.

“Bahkan sejak usia 21 tahun lagi saya telah sertai MIC dari menjawat jawatan pemuda MIC hinggalah kini menjadi Ketua MIC Bahagian Kulai, jadi saya memang biasa berkhidmat dengan masyarakat.

“Tambahan juga kelebihan saya adalah calon tempatan berbanding calon lain yang bertanding di kerusi DUN ini. Jadi, saya sudah sememangnya sudah biasa dengan masyarakat di sini termasuk di DUN Bukit Batu,” katanya.

Berikutan itu, Suppayah 57 yakin kerusi DUN Bukit Batu dapat kembali kepada BN semula berikutan kegagalan dua penggal sebelum ini kawasan itu ditadbir pihak pembangkang.

“Tidak dinafikan terdapat pembangunan yang telah dijalankan namun tidak berjalan dengan lancar di sini. Misalnya masalah selekoh ‘s’ di Batu 23 masih tidak dapat diselesaikan.

“Begitu juga pelaburan Microsoft di Bukit Batu yang terhenti disebabkan ketidakstabilan politik sebelum ini.

“Oleh itu, sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat di sini, saya akan bekerja keras untuk memastikan projek pembangunan di sini dapat diteruskan dan penduduk mendapat manfaat daripada limpahan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata, antara keperluan kemudahan asas lain yang mahu dipertingkatkan adalah membina sebuah kompleks sukan untuk aktiviti riadah penduduk di Air Bemban dan Bukit Batu.

“Kalau di Taman Putri sudah ada stadium mini untuk keperluan penduduk di sekitar itu.

“Bagaimanapun agak jauh sekiranya penduduk Air Bemban atau Bukit Batu mahu ke situ. Jadi saya harap dapat dibina sebuah kompleks sukan untuk keperluan penduduk di sini pula,” katanya.

Dalam pada itu, beliau merayu kepada para pengundi agar memilih BN kerana hanya BN mampu membuat pembaharuan untuk kesejahteraan rakyat.

“Jangan rugikan undi anda kerana satu undi saya akan balas dengan lima tahun berkhidmat yang terbaik untuk anda,” katanya.-BN Online

PRN Johor: Suppayah Yakin DUN Bukit Batu Kembali Kepada BN

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker