PRN Johor: 2 kali turun padang pun PN boleh menang – Hadi

KUALA LUMPUR – Pas optimis Perikatan Nasional (PN) mampu mencapai kemenangan dan membentuk kerajaan baharu di Johor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) tamat, pada Sabtu ini.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keyakinan itu dibuat berdasarkan reaksi positif diberikan oleh pengundi dan penduduk Johor kepada ikrar pilihan raya dilancarkan PN, baru-baru ini.

“Saya sudah melakukan lawatan dan tinjauan sebanyak dua kali iaitu pertama semasa pelancaran manisfesto PN dan beberapa hari lalu. Jadi melihat perkembangannya amat positif walaupun belum mencapai tahap yang boleh kita banggakan. Ini kerana untuk PN menang adalah tidak mudah tetapi tidak juga mustahil.



“Kalau dilihat prestasi PRN Sabah di mana PN mendapat kejayaan besar manakala undi BN merosot. Begitu juga kita lihat dalam PRN Melaka kita melihat BN hanya bergantung kepada undi Pas sahaja untuk menang dan peratusan keluar mengundi amat kecil serta PH sudah pun merosot.

“Manakala, undi diperoleh oleh PN meningkat tetapi tidak menang di Melaka kerana pengundi muda tidak keluar mengundi dan undi protes. Jika kita berusaha untuk meningkatkan jumlah pengundi yang keluar saya rasa tidak mustahil kita boleh menang,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian di Parlimen, baru-baru ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika mengulas mengenai sejauh mana peluang PN dan Pas untuk menang PRN Johor selepas seminggu kempen berlangsung dan hanya tinggal 4 hari saja lagi, sebelum Hari Pengundian tiba pada Sabtu ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, beliau juga percaya manisfesto dan ikrar PRN dilancarkan PN baru-baru ini mampu menarikan sokongan pengundi kerana ia realistik dan boleh dilaksanakan dengan sempurna jika mereka kembali menjadi kerajaan negeri Johor nanti.



“Sebahagian daripada manisfesto berkenaan sudah dimasukkan oleh Pas sendiri dan apa yang menarik ialah PN menguasai Kerajaan Pusat. Kita sedar bahawa Kerajaan Pusat sekarang boleh bertahan kerana adanya PN termasuk Pas, Bersatu dan parti mesra dengannya. UMNO bukan sebuah parti besar dalam kerajaan sekarang dan kita memimpin kerana kerajaan mahu melaksanakan agenda bukannya manifesto yang menjadi tambahan sahaja.

“Ada kita melihat pada PRN14 dan rakyat dapat menilai apabila BN ditolak kerana kegagalan, salah laku rasuah dan pelbagai hal lain manakala PH ditolak kerana gagal menunaikan janji yang dibuat dalam manifesto PRN14. Ini kerana manisfesto mereka amat tinggi melangit dan tidak berpijak di bumi nyata sehingga tidak dapat dilaksanakan. Namun, PN banyak melaksanakan pelbagai agenda demi kepentingan rakyat walaupun tempohnya pendek,” katanya.

BENIH-BENIH PAS

Selain itu, Abdul Hadi juga yakin Pas mampu menang sebahagian besar daripada 16 kerusi ditandingi pada PRN Johor kali ini susulan peningkatan sokongan pengundi dan pertambahan jumlah cawangannya di negeri berkenaan sekarang ini.



“Kita pernah menghadapi keadaan yang lebih sempit pada tahun 1970-an apabila Pas menyertai kerajaan bersama UMNO dan Pas tidak menyertai pilihan raya di Johor sampai begitu sekali sedangkan di negeri lain membenarkan kita masuk dan diberikan satu kerusi dan dilantik menjadi Exco kerajaan negeri kecuali di Johor sahaja.

“Perlu diketahui bahawa Pas bermula di Pulau Pinang kemudian berpindah ke Singapura. Sebab itu semasa gerakan Islam bermula di peringkat awal di Singapura menjadi pusat dan Johor adalah negeri terdekat. Maka, benih-benih Pas sudah banyak di Johor ini walaupun kita tiada kekuatan. Selepas itu berlaku satu kejutan apabila Pas menang kerusi tanpa bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-12 (2004), kemudian kita menambah empat kali kerusi di Johor.

“Kita juga berjaya menubuhkan banyak cawangan dan kawasan di seluruh negara dengan jumlahnya mencecah lebih 200 daripada 222 kawasan Parlimen termasuk banyak di Johor. Oleh itu, banyak jentera kita dan ukuran kita adalah berdasarkan kerja lapangan bukannya laporan di atas kertas sahaja. Itulah menjadi salah satu faktor penentu kita meletakkan calon pada PRN Johor kali ini,” katanya.

Malah, Abdul Hadi berkata, beliau yakin Pas mampu mempertahankan kerusi DUN Bukit Pasir dimenangi pada PRU14 lalu, biarpun calonnya Ketua Pemuda Pas Kawasan Pagoh, Mohd Nor Iqbal Razak terpaksa berhadapan dengan penyandangnya, Najib Lep yang bertanding atas tiket Bebas, pada PRN kali ini.



Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan banyak pengalaman dan cabaran dihadapi Pas kerana sebelum ini ramai bekas pemimpin dan ahlinya yang bertanding atas tiket Bebas susulan nama mereka tidak dicalonkan semula untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Kita sangat berpengalaman dalam hal sedemikian dan ini bukan kali pertama kita menghadapi calon kita tidak dicalonkan dan mengambil keputusan untuk bertanding atas tiket bebas termasuklah ada yang keluar parti dan menyokong pihak lawan. Malah, ada pegawai tinggi kerajaan yang sanggup meletakkan jawatan kerana mahu bertanding atas tiket Pas tetapi pada saat akhir namanya tidak dicalonkan biarpun beliau sudah bekerja keras untuk parti.

“Jadi Pas memang ada pengalaman seperti itu, di mana kita meletakkan seseorang calon bukan hanya berdasarkan prestasi peribadi sahaja, malah mengambil kira pelbagai aspek lain kerjasama dengan jentera parti dan pengaruhnya dalam kalangan masyarakat setempat. Jadi dengan melihat pelbagai aspek ini kita meletakkan nama seseorang calon berkenaan,” katanya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker