Pengantin perempuan jatuh dari tandu, suami sibuk main telefon

Pengantin lelaki leka bermain telefon bimbit sebelum turun melihat keadaan isterinya selepas beberapa ketika. – TikTok @herusuyanto1962

 

AKARTA – Seorang pengantin perempuan di Indonesia berdepan  detik-detik memalukan apabila dia terjatuh ke atas jalan raya ketika diarak menggunakan tandu, lapor portal Wolipop semalam.

Lebih memalukan adalah suaminya tidak segera menyelamatkannya, sebaliknya terus leka merakam menggunakan telefon bimbit.

Menerusi satu kilp video yang dikongsikan di TikTok, pasangan pengantin yang berpakaian mengikut adat Jawa itu sedang diarak menggunakan sebuah tandu beroda.

Kedua-dua mereka berdiri di atas kenderaan itu dengan pengantin lelaki dilihat sedang leka merakam video menggunakan telefon bimbit.

Secara tiba-tiba, pengantin perempuan berkenaan gagal mengawal keseimbangan badan ketika tandu itu membelok di sebatang jalan lantas menyebabkannya terjatuh ke atas jalan raya.

Sebelum terjatuh, dia cuba mencapai tangan pengantin lelaki, namun suaminya dilihat tidak memberikan sebarang reaksi, malah hanya meneruskan rakaman videonya.

Seorang lelaki lain kemudian dilihat membantu pengantin tersebut sebelum pengantin lelaki turun ke bawah tandu untuk memeriksa keadaaan isterinya, hanya selepas beberapa ketika.

Video tersebut menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Ketika berkahwin pun masih sibuk bermain telefon bimbit,” kata seorang pengguna.

“Suaminya tidak menyelamatkan isterinya,” kata seorang lagi. – AGENSI

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker