Selain Jawi, Hang Soon arah tambah tulisan Cina dan Tamil pada papan tanda SJK

Datuk Mah Hang Soon dilaporkan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri Pahang berhubung isu dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pekan – yang dibekalkan dengan papan tanda sekolah yang tidak tertulis nama sekolah dalam tulisan Cina.

Sebaliknya papan tanda sekolah berkenaan hanya tertulis dalam bahasa Melayu rumi dan Jawi.

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dilapor mengarahkan pihak kontraktor agar membuat semula papan tanda yang mengandungi nama sekolah-sekolah itu dalam tulisan Cina.

Timbalan Menteri Pendidikan itu menjelaskan, papan tanda sekolah yang baru dibuat kerana Dewan Undangan Negeri Pahang memutuskan agar semua agensi berkaitan kerajaan wajib menambah tulisan Jawi pada papan tandanya.



Namun begitu, dalam menambah papan tanda yang baru, papan tanda yang sedia ada patut dikekalkan.

Menurut Hang Soon, Pengarah Jabatan Pendidikan Pahang telah memaklumkan bahawa jabatan tersebut akan membekalkan papan tanda sekolah dengan tulisan Jawi untuk semua sekolah kerajaan termasuklah SK, SJKC dan SJKT – semua papan tanda itu dibuat secara seragam oleh kontraktor.

Katanya lagi, ketika berbincang dengan Pengarah Jabatan Pendidikan Pahang, dia telah mencadangkan agar tulisan Cina dan tulisan Tamil disertakan dalam papan tanda sekolah agar ia lebih sempurna, selain mencerminkan kepelbagaian budaya dan bahasa negara ini.



“Pengarah jabatan pendidikan juga telah bersetuju, dan telah mengarahkan kontraktor untuk membuat papan tanda yang baru dengan menambah tulisan Cina pada papan tanda SJKC dan tulisan Tamil pada papan tanda SJKT.

“Jabatan Pendidikan akan memasangnya di sekolah bila siap nanti,” katanya seperti dilapor SinChew Daily semalam.

Tegasnya, semua papan tanda SJKC yang asal akan terus dipelihara, tanpa sebarang perubahan dibuat ke atasnya.

Menurutnya lagi, Pengarah Pendidikan Pahang kelihatan sangat terbuka dalam menerima cadangan tersebut dan segera menyelaraskan semua papan tanda sekolah.



Timbalan Presiden MCA itu turut meminta orang ramai tidak terus membangkitkan isu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jangan bisu bila Islam dihina! Kes Adib, LTTE dan tulisan Jawi apa cerita?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker