Mahathir Sahkan Tidak Bertanding PRU15, Beri Peluang Kepada Calon Lebih Muda

Mahathir Sahkan Tidak Bertanding PRU15, Beri Peluang Kepada Calon Lebih Muda

LANGKAWI: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding di mana-mana kerusi Parlimen termasuk Langkawi dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, ianya bagi memberi peluang kepada calon yang sesuai dan lebih muda untuk terlibat di dalam arena politik serta pilihan raya selain faktor kesihatannya yang belum pulih sepenuhnya.



Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi memaklumkan akan turut terlibat dalam kempen-kempen yang digerakkan parti Pejuang sebelum PRU15 sekiranya diperlukan.

“Kita (di dalam parti Pejuang) hendak cari orang yang lebih muda daripada saya (untuk ganti saya bertanding di Langkawi), saya boleh ada bersama (dengan calon itu), saya (juga) boleh beri nasihat (kepadanya), saya boleh ambil bahagian dalam kempen iaitu kalau ada satu tempat yang saya perlu hadir, saya akan hadir, dan mungkin (akan) bercakap sikit (dalam membantu jentera parti,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan lawatan di Lang Agro Park sempena Program #PulangKeLangkawi pada Rabu.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu beberapa kali memberi bayangan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam PRU15 bagi mewakili Pejuang.



Ianya termasuklah di Parlimen Langkawi yang dijangkakan akan diserahkan kepada calon baharu meskipun,kepimpinan tertinggi dan akar umbi masih mahukan beliau bertanding.-AA

Mahathir Sahkan Tidak Bertanding PRU15, Beri Peluang Kepada Calon Lebih Muda

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]



Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker