Lelaki maut pacuan empat roda rempuh treler

Lelaki maut pacuan empat roda rempuh treler

Pemandu sebuah pacuan empat roda maut selepas kenderaan tersebut merempuh bahagian belakang sebuah treler di kilometer (km) 21.5 arah utara, Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihak polis menerima laporan berkenaan nahas tersebut sekitar jam 7.28 pagi.



Menurutnya, mangsa yang memandu pacuan empat roda jenis Nissan Navara itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati pemandu Nissan Navara merupakan lelaki tempatan berusia 23 tahun dipercayai melanggar bahagian belakang treler tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan selanjutnya.

“Kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian mohon tampil ke balai berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 019 3318339,” ujarnya.-SH

Lelaki maut pacuan empat roda rempuh treler



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 



Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker