Puad Zarkashi Hulubalang Yang Tidak Gentar Pada Mahathir Dan Muhyiddin

Oleh Nurul Aishah

Ahli Majlis Tertinggi (UMNO), Datuk Dr. Puad Zarkashi antara calon yang menjadi tumpuan dalam Pilihan Raya Negeri(PRN) Johor ke-15. Sikap beliau yang lantang bersuara sejak Barisan Nasional kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 meletakkan Puad Zarkashi sebagai Hulubalang yang tidak gentar pada ugutan Pakatan Harapan(PH) dan Perikatan Nasional(PN).

Sebagaimana yang kita tahu, PH dan PN memaksa pemimpin UMNO menyokong mereka sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan mahkamah melampau seperti yang berlaku terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi. PH dan PN akan merekayasa tuduhan dan dakwaan.



Ziarah kasih di Taman Karang

Kelantangan beliau mengkritik PH dan PN menyebabkan beliau dituduh “penjilat Najib” sedangkan beliau seorang yang berpendirian dan hanya melihat kebenaran semata-mata.

“Saya melihat kepada hujah dan fakta. Siapa kata saya tidak pernah kritik Najib? Tapi semua orang tahu, saya kritik pemimpin UMNO, mereka tidak boleh marah sya sebab itu karakter saya. Jadi dakwaan yang kata saya ini ‘penjilat’ Najib tidak betul,” – Puad Zarkashi.

Apabila PH memerintah selama 22 bulan dan diikuti oleh PN, rakyat dapat melihat dengan jelas bagaimana teruknya negara kita ditadbir.

Polisi PH dan PN telah menukar hala tuju ekonomi negara menjadi lebih teruk menurut Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia mengakibatkan rakyat terpaksa ‘berkorban’ dan disuruh berkorban. Datuk Seri Najib menggariskan dua kesilapan terbesar PH dalam menguruskan ekonomi sehingga menyebabkan keadaan negara bertambah teruk sekali gus menjadi punca kehidupan rakyat semakin terhimpit.



Tindakan pertama PH itu adalah menggembar-gemburkan mengenai hutang negara sebanyak RM1 trilion seterusnya menyebabkan kejutan kepada ekonomi selain mengundang kebimbangan para pelabur.

Disebabkan PH berniat buruk iaitu hendak menyalahkan Barisan Nasional (BN) kononnya gagal menguruskan ekonomi, mereka sanggup mengambil risiko itu sedangkan hutang sebenar negara adalah sebanyak RM686 bilion.

Kerajaan PN Muhyiddin pula hanya tahu menghabiskan duit negara tanpa berikhtiar untuk menjana ekonomi. Negara lain turut dilanda Covid-19 tapi mereka mampu bangkit. Muhyiddin hanya tahu melaksanakan “lockdown” separuh masak dan darurat yang paling panjang dalam sejarah namun kes Covid-19 terus meningkat antara tertinggi di dunia.

Ziarah kasih di Taman Karang

Salahlaku pentadbiran PH dan PN ini dibidas secara berterusan oleh Puad Zarkashi. Beliau langsung tidak gentar dengan ancaman Mahathir, Muhyiddin dan DAP. Pemimpin seperti ini yang kita perlukan.



Puad Zarkashi bertanding di N.25 Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit pada PRN Johor ke-15 ini. Jom undi beliau. Puad Zarkashi bukan sahaja tegas dalam menegakkan kebenaran malah beliau seorang yang sangat prihatin terhadap rakyat yang beliau wakili.

Ziarah kasih di Taman Karang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker