Jerut kucing: Kelab Sahabat Kucing Jalanan Tawar Ganjaran RM5,000 Kepada Saksi [VIDEO]

Jerut kucing: Kelab Sahabat Kucing Jalanan Tawar Ganjaran RM5,000 Kepada Saksi [VIDEO]

KUANTAN: Kelab Sahabat Kucing Jalanan Pahang (SKJP) menawarkan ganjaran wang tunai RM5,000 kepada saksi atau individu yang menyalurkan maklumat lengkap berhubung kes kekejaman terhadap seekor kucing pada Selasa.

Pengerusinya, Jurina Abdul Rani berkata, pelaku yang membunuh kucing bertindak kejam apabila menjerut dan menggantung haiwan terbabit di pagar sebuah rumah.

“Saya difahamkan bangkai kucing malang itu ditemui di sebuah rumah di taman Tas Ria berdasarkan perkongsian daripada video yang tular itu.

“Jadi, saya mohon dan merayu saksi kejadian supaya tampil menghubungi persatuan untuk menyalurkan maklumat lengkap dan kita akan berikan ganjaran kepada mereka,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.



Pada petang Selasa, tular satu video berdurasi 20 saat berhubung penemuan bangkai kucing yang dijerut dan digantung di pagar sebuah rumah.

Dalam video terbabit kedengaran suara seorang lelaki yang bertanyakan kucing itu milik siapa.

VIDEO DIBAWAH:-

Jurina berkata, penyaluran maklumat itu diharap membantu pihak berkuasa untuk menangkap pelaku supaya didakwa dan dijatuhkan hukuman di mahkamah.

Katanya, saksi atau pengadu tidak perlu khuatir kerana kerahsiaan mereka dijamin sepenuhnya dan diharap ada yang tampil memberi kerjasama.



“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada persatuan menerusi Facebook rasmi kelab SKJP,” katanya.-SH

Jerut kucing: Kelab Sahabat Kucing Jalanan Tawar Ganjaran RM5,000 Kepada Saksi [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker