Ibu Tangmo Nida Mohon Bedah Siasat Semula

Ibu Tangmo Nida Mohon Bedah Siasat Semula

UPACARA memperingati kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida akan diadakan selama tiga hari di gereja Liberty Bangkok bermula 11 hingga 13 Mac ini.

Menurut laporan Bangkok Post, majlis tersebut diadakan sebagai penghormatan buat Tangmo yang disahkan meninggal dunia akibat lemas pada 24 Februari lalu.

Dalam perkembangan lain, ibunya iaitu Panida mahu bedah siasat atau autopsi dilakukan semula terhadap mayat anak perempuannya itu.

Hal ini dimaklumkan oleh peguam kepada Panida iaitu Krissa Sriboonpimsuay.

Krissa meminta pihak polis menyerahkan kes bedah siasat ini kepada Bekas Pengarah Forensik iaitu Khunying Porntip Rojanasunan kerana berasakan terdapat keraguan pada keputusan bedah siasat terdahulu.

Meskipun Khunying sudah menjadi senator, namun Panida lebih mempercayai pakar forensik itu untuk melakukan bedah siasat kedua.

Ibu tak puas hati hasil keputusan bedah siasat pertama.

Untuk rekod, mayat Tangmo Nida dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.

Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

Pada Isnin lalu, Ketua Polis Thailand iaitu Suwat Jangyodsuk membuat andaian awal kematian aktres itu disebabkan kemalangan.

Ini berdasarkan bukti-bukti seperti rakaman telefon bimbit, kelajuan bot dan data pada GPS.-mS

Ibu Tangmo Nida Mohon Bedah Siasat Semula

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker