Negara beralih ke fasa endemik mulai 1 April

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa “peralihan ke endemik” mulai 1 April ini.

Beliau berkata, ini adalah fasa sementara sebelum negara beralih ke fasa endemik, yang mana ia tertakluk kepada pengumuman yang hanya boleh dibuat Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Katanya, ia juga merupakan “exit strategy” untuk rakyat kembali kepada kehidupan hampir normal, selepas hampir dua tahun berperang dengan Covid-19.



Beliau berkata, keputusan itu mengambil kira kadar vaksinasi tinggi dan penggunaan katil hospital untuk pesakit Covid-19 yang rendah.

Di bawah fasa “peralihan ke endemik” itu, rakyat masih perlu memakai pelitup muka di tempat awam, tetapi had waktu operasi perniagaan dimansuhkan.

Katanya, pemilik premis boleh berniaga mengikut syarat lesen operasi premis.

“Ini bermakna anda semua bolehlah makan di kedai makan selepas 12 tengah malam, terutamanya dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Bolehlah bersahur di luar,” katanya dalam sidang media hari ini.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 



Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]



Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker