Hutang 1MDB: Najib tak goyang, janji mengadap Parlimen selepas PRN Johor

Bekas Perdana Menteri Najib Razak berkata dia akan memberikan penjelasan kepada Dewan Rakyat berhubung kenyataannya – bahawa hutang 1MDB tidak dibayar menggunakan wang pembayar cukai- selepas pilihan raya negeri (PRN) Johor selesai.

Bercakap kepada pemberita di Bukit Gambir, Johor hari ini, Ahli Parlimen Pekan itu berkata dia akan berhubung dengan Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun esok.

Najib berkata demikian ketika ditanya mengenai surat speaker yang meminta dia memberikan penjelasan kepada Dewan Rakyat berhubung perkara itu.



“Saya akan jawab balik.

“Esok tak boleh sebab saya ada di Johor. Saya akan berhubung dengan dia, lepas PRN saya jelaskan,” katanya.

Semalam dilaporkan Azhar telah menulis surat kepada bekas perdana menteri itu untuk meminta dia memberi penjelasan kepada Dewan Rakyat pada Rabu ini.

Azhar itu berkata demikian ketika ditanya di parlimen mengenai usul Tony Pua (PH-Damansara) agar Najib dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) Dewan Rakyat berhubung kenyataan itu.



Pua mengemukakan usul itu susulan ucapan Najib di Dewan Rakyat pada 2 Mac lalu yang dikatakan mengandungi kenyataan mengelirukan Dewan berhubung isu hutang 1MDB dan boleh ditafsirkan sebagai menghina Dewan Rakyat.

Najib ketika membahaskan titah yang di-Pertuan Agung di Dewan Rakyat sebelum ini berkata tiada dana awam digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

Najib semasa sidang akhbar hari ini menganggap kenyataan pengerusi Perikatan Nasional itu sebagai “mengarut”.

Dia mendakwa wang yang digunakan kerajaan adalah wang yang diperoleh daripada bank pelaburan Goldman Sachs, dan bukan daripada pembayar cukai.



“Itu bukan wang rakyat. Goldman Sachs duit rakyat ke?

“Di mana dia kata duit rakyat? Duit Goldman Sachs, dibayar dari Goldman Sachs. Bukan duit rakyat, mengarutlah,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]



Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker