Presiden PAS perlu mohon maaf pada Bangsa Johor

ALOR SETAR – Pemuda UMNO menggesa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memohon maaf kepada umat Islam di Johor dengan segera.

Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, ini kerana kenyataan Abdul Hadi yang mengatakan ‘Johor kurang kesedaran politik Islam’ memberi gambaran bahawa parti itu memandang rendah terhadap umat Islam di negeri terbabit.

Menurutnya, pendirian Pas itu sewajarnya membuka mata bangsa Johor terhadap parti itu yang tidak menghormati rakyat Johor.



“Pas tidak harus memandang rendah kepada umat Islam lain yang tidak menyokong ideologi politik Pas.

“Kenyataan itu menggambarkan hanya orang Pas sahaja yang memahami politik Islam dan umat Islam lain di Johor kurang kesedaran mengenainya. Adalah tidak adil untuk menghukum seluruh rakyat Johor sebagai ‘kurang kesedaran politik Islam’ hanya kerana Pas kurang mendapat sokongan di Johor,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Pada Isnin, Abdul Hadi dipetik sebagai berkata, kurang kesedaran politik Islam di Johor adalah punca Pas tidak mampu menawan hati penduduk di negeri itu walaupun menjadi antara negeri terawal ditubuhkan cawangan parti berkenaan.

Menurutnya, kesedaran politik Islam di negeri itu kurang berbanding di Kelantan dan Terengganu, di mana Pas bertapak dengan kukuh.



Mengulas lanjut, Syed Mohd Johan Rizal berkata, Islam dan Pas merupakan dua entiti berbeza.

“Islam adalah agama, bukan parti politik manakala Pas pula adalah sebuah parti politik, bukan agama. Seorang umat Islam yang memahami politik Islam tidak semestinya sokong Pas manakala seorang ahli Pas tidak semestinya memahami politik Islam yang sebenar,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, umat Islam sama ada ahli mana-mana parti politik mahupun tidak berparti, termasuk individu yang tidak menyertai atau menyokong Pas tetap beragama Islam dan berfahaman sunnah wal jamaah.

“Ideologi politik sahaja berbeza. Berbeza ideologi politik dengan Pas tidak menggambarkan umat Islam lain kurang memahami politik Islam.



“Pas tidak wajar menggambarkan hanya pihaknya yang memahami politik Islam, malah menghukum umat Islam lain khususnya bangsa Johor sebagai ‘kurang kesedaran’,” ujarnya.

Syed Mohd Johan Rizal berkata, Pemuda UMNO menolak sebarang bentuk pemikiran jumud seperti diamalkan Pas.

“Kenyataan itu juga dilihat tidak adil buat pemerintah di negeri itu, seluruh negara tahu betapa agama Islam begitu dititik beratkan oleh bangsa Johor, yang diketuai Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

“Oleh itu keterlanjuran kata-kata Abdul Hadi itu wajar dibalas dengan permohonan maaf kepada umat Islam di Johor khususnya Sultan Ibrahim,” jelasnya.



Presiden PAS perlu mohon maaf pada Bangsa Johor

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker