Gelar Mata Duitan!! Netizen Thailand Guna Lagu Lisa Blackpink ‘MONEY’ Sindir Ibu Tangmo Nida [VIDEO]

Gelar Mata Duitan!! Netizen Thailand Guna Lagu Lisa Blackpink Sindir Ibu Tangmo Nida

TINDAKAN ibu kepada aktres Tangmo Nida iaitu Panida Siriyudthayothin memaafkan dua suspek kematian anaknya dengan bayaran wang pampasan berjumlah RM3.8 juta terus mengundang kemarahan netizen.

Menurut laporan LoveKpop, netizen Thailand memuat naik sedutan lagu Lisa Blackpink berjudul Money di Twitter bagi menyindir ibunya yang didakwa mata duitan berhubung insiden ini.



Sebelum ini, nama Panida menjadi trending di laman berkenaan dan rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dan mengutuk tindakan wanita berkenaan menerima wang pampasan tersebut.

Lebih membuatkan ramai bengang apabila Panida sanggup memaafkan dua individu yang turut berada di atas bot sama dengan mendiang anaknya.

Dalam pada itu, abang tiri Tangmo dikenali sebagai Dayos turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan tersebut dan mengakui tidak mampu menonton temubual bersama Panida di Channel 3 yang bersiaran pada Jumaat lalu.



Panida maafkan dua suspek kes kematian anaknya.

Mahu kes ini disiasat secara menyeluruh, Dayos mengambil tanggungjawab mahu menuntut keadilan untuk Tangmo.

Dia juga berterima kasih kepada media, rakan-rakan Tangmo dan netizen yang membantu merungkai kes berkenaan.

Dalam masa sama, dia turut memohon orang ramai berhenti mengecam Panida meskipun dia sendiri tidak bersetuju dengan tindakan menerima wang pampasan itu.



 

Netizen kecam ibu Tangmo terima bayaran pampasan RM3.8 juta.

Pada Jumaat lalu, Panida memaafkan dua suspek iaitu pemandu bot laju Phaiboon Roberts serta Danupat ‘Por’Lerttaweewit (pemilik pengusahaan bot laju).

Panida menerima permohonan maaf selepas dua individu itu kerap menghubunginya dan mengaku kesal dengan apa yang berlaku.



Untuk rekod, mayat Tangmo Nida dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.

Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

Pihak polis kini masih meneruskan siasatan terhadap lima individu yang turut berada di dalam bot sama yang dinaiki Tangmo.



Gelar Mata Duitan!! Netizen Thailand Guna Lagu Lisa Blackpink Sindir Ibu Tangmo Nida

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker