Zahid ingatkan Tajuddin keputusan parti perlu dihormati

 

Isu dalaman parti tidak seharusnya dijadikan bahan perbahasan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pentas terbaik untuk membincangkan isu dalaman UMNO ialah mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu.



“Biarpun saya menghormati pandangan peribadi tetapi pendirian parti harus dihormati. Parti belum membuat pendirian dan tentunya pendirian ini akan dibincangkan apabila ada waktu yang sesuai,” katanya kepada pemberita di Pusat Daerah Mengundi Parit Keroma yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani pada Ahad.

Ahmad Zahid mengulas ucapan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di Dewan Rakyat baru-baru ini yang dikatakan membidas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan berhubung isu tarikh Pilihan Raya Umum ke-15.

Beliau berkata, walaupun Ahli Parlimen mempunyai imuniti untuk bercakap mengenai pelbagai perkara di Dewan Rakyat tetapi isu dalaman parti sepatutnya dibincangkan di pentas yang bersesuaian.

Mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu melahirkan keyakinan terhadap kemampuan gabungan tersebut memenangi jumlah kerusi mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Ahmad Zahid juga berharap pengundi Johor tidak mudah terpengaruh dengan ‘serangan bertubi-tubi’ yang sedang disasarkan terhadap BN dan calonnya.



“Kita tahu serangan bertubi-tubi sedang menghala, bukan sahaja kepada produk kita iaitu calon BN tetapi isu nasional dibawa untuk mencemarkan nama baik kita. Kita menjangkakan itu semua namun kita yakin dengan kebijaksanaan pengundi di Johor,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mac depan sebagai hari pengundian PRN Johor dan undi awal pada 8 Mac ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]



Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker