PRN Johor: ‘Bangsa Johor Usah Tertipu Lagi’

PRN Johor: ‘Bangsa Johor Usah Tertipu Lagi’

Bangsa Johor dinasihatkan tidak tertipu kali kedua dengan manifesto diumumkan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, manifesto itu seolah-olah mengumumkan kembali manifesto bukan kitab suci yang pernah dicanangkan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.



“Kali ini, janji bulan dan bintang mereka ditambah lagi dengan ciri tiada idea baharu, tiada hala tuju, banyak plagiarisme, tiada perincian dan tidak masuk akal.

“Misalnya, kuota khas anak Johor di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Johor yang dicanang PN itu sebenarnya di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan bukan kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambah beliau, Pemuda UMNO melihat manifesto PN dan PH memiliki kelompongan besar kerana perkara asas seperti kestabilan langsung tidak disentuh.

“Kononnya, mereka mahu tiga wanita dalam pentadbiran namun hanya mencalonkan 10.7 peratus sahaja wanita.”

Katanya, selain PN, lebih melucukan tindakan Penubuhan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sekali lagi berjanji kononnya mahu menawarkan peluang pekerjaan bergaji tinggi.



Beliau mempersoalkan kemungkinan Muda berfikir dengan menjaja janji dan menipu lebih ramai belia Johor.-SH

PRN Johor: ‘Bangsa Johor Usah Tertipu Lagi’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mahathir: Najib Bogel Bogel Bogel



Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]



Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker