Netflix disaman RM20.95 juta

Netflix disaman RM20.95 juta

Los Angeles: Syarikat penstriman terkenal, Netflix, bakal berdepan saman fitnah AS$5 juta (RM20.95 juta) difailkan pakar catur Georgia yang mendakwa difitnah dalam salah satu episod popular, ‘The Queen’s Gambit’.

Nona Gaprindashvili, wanita pertama mencapai status ‘Grandmaster’ catur, mengemukakan saman itu di Mahkamah Persekutuan September lalu, menurut The Guardian.

Mahkamah di California Khamis lalu menolak permohonan Netflix membatalkan saman itu.

Gaprindashvili, 80, mendakwa ungkapan wataknya dalam siri berkenaan yang berkata beliau ‘tidak pernah berdepan dengan lelaki’ sepanjang kerjayanya, sebagai berunsur menghina dan memperkecilkan wanita.

Pada hakikatnya, beliau bersaing dengan puluhan pemain catur lelaki sehingga 1968 iaitu tempoh yang dipilih bagi penggambaran siri popular ‘The Queen’s Gambit’.

Peguam Netflix cuba membatalkan saman berkenaan atas alasan siri berkenaan berasaskan fiksyen dan tidak dilindungi oleh Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat (AS), yang melindungi kebebasan bersuara.

Namun, Hakim Persekutuan, Virginia Phillips, menolak usul itu dengan mengatakan alasan bahawa siri berkenaan berasaskan fiksyen tidak mengecualikan Netflix daripada saman malu.

‘The Queen’s Gambit’ yang dibintangi Anya Taylor-Joy, adalah berdasarkan novel terbitan 1983 oleh Walter Tevis, mengenai kehidupan seorang anak yatim yang menjadi pemain catur terkemuka dunia.

Walaupun watak utama, Beth Harmon, sebenarnya tidak wujud, beberapa watak pemain catur lain termasuk Gaprindashvili adalah benar.

Gaprindashvili adalah wanita pertama dianugerahkan gelaran ‘Grandmaster’ oleh Persekutuan Catur Antarabangsa pada 1978. BH

Netflix disaman RM20.95 juta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker