Pawagam Terkecil Di Dunia Punyai 13 Tempat Duduk

Pawagam Terkecil Di Dunia Punyai 13 Tempat Duduk

Sebuah pawagam di Ontario, Kanada yang hanya boleh memuatkan 13 orang diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai pawagam paling kecil di dunia, lapor United Press International (UPI) kelmarin.

Pawagam Little Prince Micro-Cinema di bandar Stratford itu dibuka pada Oktober 2021 dan didekorasi mengikut gaya teater kecil era Ratu  Victoria lengkap dengan permaidani merah, tempat duduk bertingkat dan tali baldu.

Pemilik dan pengendali pawagam, Leigh Cooney berkata, tapak itu dahulunya adalah galeri dan kedai cenderamata bernama Meet Your Maker. Pawagam kecil itu dilengkapi dengan skrin yang boleh ditarik ke bawah dan kerusi lipat untuk menayangkan beberapa filem tempatan.



“Kami mula bekerjasama dengan pembuat filem tempatan, menganjurkan beberapa pertandingan di sekitar bandar. Kemudian kami fikir, betapa hebatnya jika kami bina bilik tayangan secara kekal,’’ kata Cooney kepada stesen televisyen Global News.

Cooney berkata, tumpuan teater itu adalah untuk menganjurkan parti kecil dan majlis persendirian ketika pandemik Covid-19.

Teater itu secara rasmi dianugerahkan Rekod Dunia Guinness untuk pawagam terkecil yang dibina khas setelah diukur bersaiz seluas 16.29 meter persegi.

“Ia sangat menggembirakan untuk mendapat pengiktirafan ini. Kami mungkin kecil tetapi kami mempunyai impak yang besar untuk mereka yang mencari alternatif selamat dan unik untuk pawagam tradisional,’’ kata Cooney kepada akhbar The Stratford Beacon Herald selepas mendapat pengiktirafan. – Agensi / Narcity



Pawagam Terkecil Di Dunia Punyai 13 Tempat Duduk

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker