Pelakon Raja Ilya Hamil Lima Bulan, Tak Mengidam Makan Macam-Macam..

Pelakon Raja Ilya Hamil Lima Bulan, Tak Mengidam Makan Macam-Macam..

Dalam rindu pulang ke tanah air, aktres jelita, Raja Ilya yang menetap di Perth, Australia bersama suami, berkongsi berita gembira dirinya hamil lima bulan.

Raja Ilya yang belum berpeluang kembali ke Malaysia sejak penularan pandemik COVID-19 akibat sekatan perjalanan dua tahun lalu, memaklumkan pengikut Instagram (IG) dirinya berbadan dua.

“Sebelum ini, saya pernah beri tempoh setahun untuk mendapatkan anak selepas berkahwin pada 23 Disember 2018. Tetapi, hasrat itu tidak datang dengan mudah. Saya kena tunggu lebih tiga tahun untuk detik ini.



“Pada fasa pandemik menuju endemik ini, akhirnya rezeki hamil datang. Macam tidak percaya nikmat itu datang akhirnya. Suami gembira bukan kepalang.


Raja Ilya meminta peminat berkongsi tip kehamilan dan melahirkan anak selepas mengumumkan dirinya berbadan dua. Foto IG Raja Ilya

“Sebenarnya, tidak sabar berkongsi berita gembira ini. Akhirnya saya dan suami putuskan untuk beritahu semua orang hari ini,” katanya kepada BH Online.

“Semua lancar seperti ditentukan Yang Maha Esa. Saya dan suami gembira di sini, biarpun rindu hendak balik Malaysia terutama pulang ke Ipoh, Perak berjumpa keluarga.



Raja Ilya atau nama sebenar, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad turut meminta pengikut IG berkongsi tip kehamilan dan melahirkan anak.

“Disebabkan saya akan bersalin di Australia, harap bolehlah ramai-ramai kongsi tip. Selepas hamil lima bulan, susah rupa-rupanya hendak jadi ibu.

“Namun, saya bersyukur dan teruja. Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan saya. Terima kasih untuk cinta dan sokongan anda selama ini,” katanya.

Ditanya jantina anak dalam kandungan, Raja Ilya belum dapat berkongsi mengenainya.



“Saya belum tahu jantina anak. Akhir bulan ini baru kami tahu,” katanya.-BH

Pelakon Raja Ilya Hamil Lima Bulan, Tak Mengidam Makan Macam-Macam..

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah



Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker