Liverpool bersatu sokong Manchester United?

MANCHESTER: Buat kali pertama, penyokong Liverpool akan menyokong Manchester United untuk mengalahkan Manchester City dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris di Etihad hari ini (12.30 pagi esok waktu Malaysia).

City mendahului liga dengan hanya enam mata mengatasi Liverpool, yang turut mempu­nyai kelebihan satu perlawanan.

Itu bermakna, kekalahan kepada United akan membuka peluang buat Reds merapati kedudukan pendahulu liga.



Menjelang pertemuan de­ngan United, yang bersaing sengit untuk mencabar kelompok empat teratas, City mene­rima perkhabaran buruk apabila tonggak pertahanan, Ruben Dias tidak dapat diturunkan.

RUBEN DIAS

 

Dias yang beraksi dalam 25 daripada 27 perlawanan Liga Perdana musim ini terpaksa disisihkan empat hingga enam minggu akibat kecederaan hamstring.

Pertahanan Belanda, Nathan Ake turut terlepas perlawanan kerana cedera ketika membantu City menewaskan Peterborough 2-0 dalam Piala FA, Selasa lalu.



“Sudah tentu saya mahu dia bermain tapi malang­nya, Dias tidak boleh beraksi akibat kecederaan hamstring.

“Kami ada beberapa pemain yang boleh mengisi kekoso­ngannya, ada 14 hingga 15 pemain dalam pasukan.

“Dengan pemain-pemain ini kami akan cuba bersaing dan bermain baik. Mustahil anda boleh beri tentangan kalau tidak bermain bagus,” kata Guardiola.

PEMAIN Manchester United menjalani latihan akhir semalam menjelang pertembungan dengan Manchester City.

Sementara itu, United masih berharap Scott McTominay (masalah kesihatan) dan Edinson Cavani (pangkal paha) dapat melepasi ujian kecergasan untuk diturunkan.



Begitupun, rekod buruk City setiap kali berdepan United di laman sendiri akan menjadi motivasi buat anak-anak buah Ralf Rangnick untuk melakar kemenangan, sekali gus menyelamatkan kedudukan empat terbaik.

City hanya menang sekali daripada tujuh pertemuan dengan United di Etihad tetapi mengalahkan lawan mereka 2-0 dalam aksi terakhir di Old Trafford, November lalu.

PHIL FODEN

Phil Foden yang semakin meningkat dijangka membentuk trio serangan City bersama Riyad Mahrez dan Raheem Sterling dengan formasi 4-3-3 menjadi pilihan Guardiola.

Biarpun agak tenggelam sejak akhir-akhir ini, Cristiano Ronaldo kekal mengetuai serangan United sambil dibantu Bruno Fernandes, ­Anthony Elanga dan Jadon ­Sancho.



Sementara itu dalam satu lagi perlawanan tumpuan, Arsenal yang memberi tekanan untuk mencabar kelompok empat teratas akan bertandang ke ­Watford hari ini. – AGENSI

 

 

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mahathir: Najib Bogel Bogel Bogel

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker