Saintis cuba rungkai misteri mumia ikan duyung

Kedua-dua tangan makhluk itu berada dalam keadaan memegang wajahnya, selain rambutnya juga masih boleh dilihat serta terdapat gigi yang tajam. – Hiroshi Kinoshita

TOKYO – Sekumpulan saintis  Jepun akan mengkaji satu mumia ‘ikan duyung’ yang ditemui sekitar tahun 1736 hingga  1741 di  luar Pulau Shikoku, Lautan Pasifik,  lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Mumia makhluk misteri yang mempunyai wajah menyerupai  manusia dan ekor seperti ikan itu menyebabkan pakar-pakar keliru selama beberapa abad.

Kedua-dua tangan makhluk itu berada dalam keadaan memegang wajahnya, selain rambutnya juga masih boleh dilihat serta terdapat gigi yang tajam.

Pasukan penyelidik dari Universiti Sains dan Seni Kurashiki telah melakukan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT) bagi mendedahkan misteri makhluk itu.

Menurut seorang penyelidik, Hiroshi Kinoshita, mumia yang kini disimpan di sebuah tokong di bandar Asakuchi itu dipercayai berkemungkinan mempunyai kepentingan dari sudut agama.

“Ikan duyung Jepun mempunyai legenda keabadian. Masyarakat percaya sekiranya seseorang itu makan daging ikan duyung, dia tidak akan mati.

“Beberapa legenda di Jepun menyatakan bahawa terdapat seorang wanita yang memakan daging ikan duyung, dan dia mampu hidup selama 800 tahun,” kata Kinoshita.

Sementara itu, mumia tersebut turut disimpan bersama sepucuk surat bertarikh tahun 1903 yang ditulis oleh pemilik terdahulu untuk memberitahu mengenai latar belakang penemuan makhluk tersebut.

“Seekor ikan duyung telah ditangkap menggunakan jala ikan di laut wilayah Kochi. Nelayan yang menangkapnya tidak mengetahui bahawa ia adalah seekor duyung bahkan membawanya ke Osaka untuk dijual sebagai ikan biasa.

“Nenek moyang saya telah membeli ikan itu dan menyimpannya sebagai khazanah milik keluarga,” kata surat tersebut. – AGENSI


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker