MRSM Pekan tutup, 35 pelajar SPM positif Covid-19

PETALING JAYA: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang, menjadi pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pertama di negara ini terpaksa ditutup seminggu bermula semalam berikutan penularan Covid-19.

Notis penutupan dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan petang semalam yang mengarahkan asrama pelajar dan pejabat pentadbiran perlu dikosongkan untuk disinfeksi bagi mencegah penularan wabak itu.

Menurut sumber yang dilaporkan Harian Metro, sehingga semalam terdapat 35 pelajar menduduki peperiksaan SPM disahkan positif Covid-19, sementara 91 pelajar lagi menjadi kontak rapat.



Katanya, bagi menyekat penularan Covid-19, selain ketiadaan tempat tinggal selepas asrama terpaksa dikosongkan, tindakan menutup MRSM itu terpaksa dilakukan demi keselamatan dan kesihatan pelajar.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Pekan, Mohd Razali Mustafar, mengesahkan MRSM itu ditutup selepas mendapat arahan daripada PKD Pekan.

Katanya, penularan Covid-19 di MRSM itu begitu pantas berlaku dan dalam masa beberapa hari saja hampir semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dijangkiti virus berkenaan.

“Di daerah ini, seramai 1,802 pelajar menduduki SPM yang bermula Isnin lalu membabitkan 21 sekolah dan di MRSM Tun Abdul Razak Pekan terdapat seramai 141 calon.

“Saya sentiasa mengingatkan pihak sekolah supaya sentiasa memantau tahap kesihatan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, mereka yang bergejala perlu menjalani ujian RTK bagi mengelak berlaku penularan,” katanya.




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah



Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?



Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker